P. 1
Kertas Kerja Peruntukan Caklempong

Kertas Kerja Peruntukan Caklempong

|Views: 308|Likes:
Published by Fatini Diana

More info:

Published by: Fatini Diana on Jul 09, 2012
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

11/28/2014

pdf

text

original

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN JALAN REKO

________________________________________________________________________________________________

KERTAS KERJA ________________________________________________________________ PERMOHOHAN PENDAHULUAN BAGI PEMBELIAN ALAT MUZIK CAKLEMPONG

0

1.0

TUJUAN
Kertas kerja ini dikemukakan untuk mendapatkan pertimbangan dan sumbangan wang pendahuluan daripada pihak sekolah dengan tujuan berikut: i. ii. Untuk mendapatkan kelulusan daripada pihak sekolah bagi mendapatkan wang pendahuluan bagi pembelian caklempong. Untuk mendapatkan kelulusan daripada pihak PIBG bagi mendapatkan wang pendahuluan daripada PIBG bagi pembelian caklempong.

2.0

PENGENALAN
Persatuan Kelab Kebudayaan telah merancang untuk mengadakan kumpulan

persembahan caklempong sekolah. Kumpulan ini ditubuhkan bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan memberi peluang kepada murid untuk mendapatkan pengalaman memainkan alat muzik tradisional yang baru iaitu Caklempong. Kumpulan ini akan dilatih oleh guru muzik sekolah dan juga tenaga pengajar profesional daripada luar. Selain daripada itu juga, kumpulan caklempong ini akan menjadi sebuah jenama kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Reko yang mana mampu membuat persembahan dalam majlis-majlis rasmi sekolah mahupun majlis di luar sekolah. Walau bagaimanapun matlamat persembahan ini adalah untuk murid mempamerkan kebolehan dan kemahiran serta kemampuan yang sewajarnya dalam aspek persembahan muzik melalui penglibatan mereka dalam aktiviti sekolah.

1

3.0

OBJEKTIF

3.1 Mengaplikasikan kemahiran muzikal seperti yang telah dipelajari di luar bilik darjah sepanjang tempoh pembelajaran murid di sekolah. 3.2 Mengukuhkan dan memantapkan lagi kemahiran muzik yang dipelajari melalui kebolehan bermain instrument serta meningkatkan keyakinan dan ketrampilan melalui persembahan. 3.3 Mendedahkan kepada warga Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Reko dan masyarakat umum mengenai kewujudan alat muzik yang unik di Malaysia serta menghargai dan menghormati kepelbagaian budaya di Malaysia.

4.0

MATLAMAT
4.1 Memberi peluang kepada murid mengetahui dan memperkukuhkan ilmu sedia dengan penambahbaikan apa yang telah dipelajari sepanjang berada di SMK Jalan Reko. 4.2 Memberi peluang kepada murid untuk menambah teknik-teknik dan kemahiran di dalam aktiviti yang lain seperti bermain di dalam ensembel/berkumpulan, bermain secara medley dan solo.

5.0

TARIKH PELAKSANAAN LATIHAN
Segera

2

6.0

KUMPULAN SASARAN
Ahli Kelab Kebudayaan dan murid yang berkebolehan.

7.0

ANGGARAN BELANJAWAN MENGURUS (ABM)
Bil 1 Perkara Set Caklempong Anggaran (RM) RM 16 200.00 Kuantiti 2 Jumlah (RM) RM 32 400.00 RM 32 400.00

JUMLAH BESAR

RINGGIT MALAYSIA (RM) : TIGA PULUH DUA RIBU EMPAT RATUS SAHAJA

8.0 PENUTUP
Pihak Kelab Kebudayaan dengan hormatnya mengucapkan jutaan terima kasih serta memohon pertimbangan dan kelulusan pihak sekolah agar ahli serta pelajar SMK Jalan Reko ini mendapat peluang menambah ilmu pengetahuan, mengaplikasikan teknik-teknik serta kemahiran. Ia juga bergerak untuk mempromosikan SMK Jalan Reko sebagai sebuah Pusat Pendidikan yang mampu melahirkan pelajar kreatif, inovatif, seimbang dan unggul. Ianya boleh dimanfaatkan dalam perancangan pembangunan dan kecemerlangan dalam usaha memartabatkan muzik tradisional ke arah pendidikan yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

3

Disediakan oleh : ______________________________________ Puan Fatini Diana Binti Othman Guru Penasihat Kelab Kebudayaan Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Reko

Disemak oleh :

______________________________________ Puan Noorlaili Binti Mahmud GPK Kokurikulum, SMK Jalan Reko

Permohonan diluluskan oleh :

______________________________________ Puan Rosny Binti Osman Pengetua SMK Jalan Reko

4

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->