You are on page 1of 11

5

SEKOLAH KEBANGSAAN SENAWANG 70450, SENAWANG, SEREMBAN, NEGERI SEMIBILAN No tel: 06-6776871 No Fax: 06-6784763

TARIKH PERLAKSANAAN : 5-9 MAC 2012 SASARAN: CERAMAH: SEMUA MURID TAHUN 6 ANJURAN: UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING, BADAN DISIPLIN DAN PENGAWAS DAN 3K/KESELAMATAN DENGAN KERJASAMA KELAB CEGAH JENAYAH

PENGENALAN
PENCEGAHAN JENAYAH Kejadian jenayah merupakan ancaman yang menggugat keselamatan pelajar dan warga sekolah. Pelajar tidak seharusnya terlibat dalam kegiatan jenayah dan perlu diberi penerangan sewajarnya mengenai jenayah. Kejadian jenayah boleh menyebabkan kematian, kecederaan atau hilang funsi anggota badan atau gangguan emosi yang berat. PENCEGAHAN DADAH Dadah adalah musuh nombor satu negara. Kesan dan pengaruh negatif najis dadah perlu didedahkan kepada murid sekolah rendah sejak awal lagi. Ini kerana muridmurid sekolah rendah masih belum matang mempunyai naluri ingin tahu dan sikap terikut-terikut serta terpengaruh oleh persekitaran yang tidak sihat. Senario ini tidak selamat dan ada kemungkinan untuk terjebak dalam amalan penyalahgunaan dadah.

MATLAMAT
Pelajar perlu mengenalpasti keadaan , tanda-tanda dan orang yang terlibat dengan jenayah .Jenayah yang berlaku secara langsung dan tidak langsung perlu diberi perhatian supaya pelajar terselamat dari menjadi mangsa jenayah. Diharapkan murid-murid sekolah rendah sekolah ini memahami risiko dan bahaya najis dadah. Semoga dengan ini mereka tidak akan tertarik untuk mendekati amalan merokok yang membawa kepada penyalahgunaan dadah. Dengan itu dadah akan menjadi musuh dan perkara yang paling digeruni serta murid-murid ini tiada kemungkinan langsung untuk dpengaruhi dan didekati oleh amalan penyalahgunaan dadah.

OBJEKTIF
1. Menyemai sahsiah terpuji dengan menjauhi amalan berunsur jenayah. 2. Mengenalpasti jenis-jenis jenayah , individu dan persekitaran yang terlibat. 3. Mengenalpasti pencegahannya. 4. Penyediaan diri untuk membenteras dan mengelakkan amalan jenayah. 5. Mendedahkan bahaya dan risiko amalan penyalahgunaan yang merosakkan gaya hidup. 6. Memberi input jenis-jenis dadah dan kesan-kesannya kepada tubuh badan. 7. Menanamkan sikap sentiasa bertingkahlaku baik dan berwaspada supaya tidak terjebak dengan najis dadah. 8. Memberi kerjasama kepada masyarakat untuk membenteras amalan penyalahgunaan dadah. perkara yang berlaku semasa kegiatan jenayah serta

Tarikh Perlaksanaan:5-9 MAC 2012 Sasaran: Murid-murid tahun 4-6 SK Senawang, Negeri Sembilan Tema: Hidup Cemerlang Tanpa Jenayah dan Dadah

ATURCARA PROGRAM SEPANJANG MINGGU SEKOLAH SELAMAT Isnin * 5 Mac 2012 7.30 pagi 8.20 pagi

- Perasmian Minggu Sekolah Selamat - Ucapan Pendahuluan

Selasa *6 Mac 2012 (TAHUN 5) 9.00 pagi - Ceramah Jenayah (Gejala Ponteng) oleh pegawai Polis 11.00 pagi -Penyampaian cenderamata

11.00 pagi - Pameran Polis (bergilir mengikut kelas) Rabu *7 Mac 2012 (TAHUN 4) 9.00 pagi Ceramah Katakan Tidak Pada Buli 11.00 pagi Yayasan Pencegahan Jenayah -Penyampaian cenderamata

oleh

Khamis* 8 Mac 2012 (TAHUN 6)

PEMADAM

9.00 pagi 11.00 pagi

Ceramah Anti Dadah oleh -Penyampaian cenderamata

11.00 pagi - Pameran Dadah (bergilir mengikut kelas)

ANGGARAN PERBELANJAAN

1. 2.

Hamper penceramah RM30 x 3 = RM90 Jamuan RM 5 X 6 orang (penceramah/pegawai pameran) (3 hari)= RM 30x 3 hari=RM90. JUMLAH: RM180.00 Sumber : Peruntukan Bimbingan Kaunseling

Jumlah Perbelanjaan: RM 180.00

JAWATAN KUASA PENASIHAT En Jamaluddin bin Jaapar (Guru Besar) PENGERUSI En. Hamdan bin Mohd Nor (GPK HEM) NAIB PENGERUSI Pn. Che Mastah Bt Osman(GPK 1) SETIAUSAHA Pn. Ainee Adina Bt Mohamed PENOLONG SETIAUSAHA Pn. Che Ros Bt Abdul Rahman Penyelaras / Juruacara En Amroz KAWALAN MURID Guru Tahun 4,5,6 yang terlibat pada waktu P&P PERSIAPAN TEMPAT En Kamarul En Shariffudin

SIARAYA/LCD En Roshaizi CENDERAMATA Pn Hjh Siti Intan Safina bt Ahmad JAMUAN Pn Afidah Bt Sakarani

PENUTUP Diharapkan dengan aktiviti ini dapat menyedarkan murid tentang keburukan melakukan jenayah dan kesan najis dadah kepada diri sendiri, masyarakat dan keluarga. DISEDIAKAN OLEH,

________________________________________ (AINEE ADINA BT MOHAMED) GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING SK SENAWANG

DISAHKAN OLEH

______________________________________ (JAMALUDDIN BIN JAAPAR) GURU BESAR

SK SENAWANG

Ruj. Tuan Ruj. Kami Tarikh Kepada: AGENSI ANTI DADAH KEBANGSAAN 630, JALAN DATO KELANA MAKMUR, 70200, SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN. Tuan, KEMPEN ANTI DADAH (HARI ANTI DADAH) Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas.

: : Bil (8) dlm.SKS/04/04 : 27 Februari 2012

2. Untuk makluman pihak tuan, bahawa pihak kami akan mengadakan Minggu Sekolah Selamat dikalangan pelajar sekolah ini. Dengan ini, kami ingin menjemput pihak tuan untuk membantu kami dalam menjayakan kempen ini. Antara perkara-perkara yang kami inginkan bantuan daripada pihak tuan dalam menjayakan kempen ini adalah: i) Ceramah mengenai bahayanya dadah. ii) Pameran Anti Dadah iii) Sumbangan bahan-bahan untuk sudut anti dadah iv) Cenderamata untuk murid-murid v) 3. Sukacitanya, pihak kami mencadangkan tarikh untuk kempen ini adalah pada: Tarikh : 8 Mac 2012 (Khamis) Masa : 8.30 pagi Tempat: Dewan Peperiksaan Sasaran: Tahun 6 SK SENAWANG

Segala kerjasama dan perhatian daripada pihak tuan amat dialu-alukan dan didahului dengan ucapan terima kasih. Saya yang menurut perintah, . En Jamaluddin Bin Jaapar Guru Besar SK Senawang.

Ruj. Tuan Ruj. Kami Tarikh Kepada: Yayasan Pencegahan Jenayah 374, Tingkat Atas Jalan Tampin Lama, Rahang, 701000, Seremban, Negeri Sembilan. Tuan, Ceramah Katakan TIDAK pada Buli Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas.

: : Bil (9) dlm.SKS/04/04 : 27 Februari 2012

2. Untuk makluman pihak tuan, bahawa pihak kami akan mengadakan Minggu Sekolah Selamat dikalangan pelajar sekolah ini. Dengan ini, kami ingin menjemput pihak tuan untuk membantu kami dalam menjayakan kempen ini. Antara perkara-perkara yang kami inginkan bantuan daripada pihak tuan dalam menjayakan kempen ini adalah: i) Ceramah mengenai bahayanya Buli. ii) Pameran Pencegahan Jenayah iii) Sumbangan bahan-bahan untuk sudut anti Cegah Jenayah 3. Sukacitanya, pihak kami mencadangkan tarikh untuk kempen ini adalah pada: Tarikh : 7 Mac 2012 (Rabu) Masa : 8.30 pagi Tempat: Dewan Peperiksaan

Sasaran:

Tahun 4

Segala kerjasama dan perhatian daripada pihak tuan amat dialu-alukan dan didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian, terima kasih. Saya yang menurut perintah, . En Jamaluddin Bin Jaapar Guru Besar SK Senawang.

Ruj. Tuan Ruj. Kami Tarikh Kepada: Ketua Polis Daerah Seremban, Balai Polis Seremban 2, Seremban 2,70300, Seremban, Negeri Sembilan No Tel: 06-6012235 Faks: 06-6012624 Tuan, KEMPEN CEGAH JENAYAH (OPS PONTENG) Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas.

: : Bil (10) dlm.SKS/04/04 : 27 Februari 2012

2. Untuk makluman pihak tuan, bahawa pihak kami akan mengadakan Minggu Sekolah Selamat dikalangan pelajar sekolah ini. Dengan ini, kami ingin menjemput pihak tuan untuk membantu kami dalam menjayakan kempen ini. Antara perkara-perkara yang kami inginkan bantuan daripada pihak tuan dalam menjayakan kempen ini adalah: i) Ceramah mengenai Ponteng ii) Pameran Jenayah iii) Sumbangan bahan-bahan untuk sudut Kelab Cegah Jenayah iv) Cenderamata untuk murid-murid v) 3. Sukacitanya, pihak kami mencadangkan tarikh untuk kempen ini adalah pada: Tarikh : 6 Mac 2012 (Selasa) Masa : 8.30 pagi

Tempat: Sasaran:

Dewan Peperiksaan Tahun 5

Segala kerjasama dan perhatian daripada pihak tuan amat dialu-alukan dan didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian, terima kasih. Saya yang menurut perintah, . En Jamaluddin Bin Jaapar Guru Besar SK Senawang.

You might also like