You are on page 1of 32

TRAKTOR PERTANIAN

1. PENGENALAN Traktor Pertanian telah memainkan peranan penting dalam meningkatkan pengeluaran makanan dunia yang permintaannya semakin bertambah. Kuasa dari sebuah traktor merupakan sumber kuasa yang sangat diperlukan untuk pengeluaran bahan makanan, serta telah menggantikan dengan sepenuhnya tenaga haiwan dan manusia dalam melaksanakan kerja-kerja di ladang. Traktor merupakan sejenis jentera yang digerakkan oleh enjin dan direka untuk melakukan pelbagai jenis kerja ladang melalui penggunaan pelbagai alat implemen. Traktor pertanian kini mempunyai ciriciri yang memudahkan dan meningkatkan kecekapan bekerja seperti stereng berkuasa, brek berkuasa, penyangkut 3-penjuru, berbagai jenis sistem penghantaran kuasa, aci sadap kuasa (pto), ruang pemandu berhawa dingin dan lain-lain. 2. JENIS TRAKTOR Jenis traktor yang digunakan untuk pertanian bergantung kepada jenis kerja yang perlu dilaksanakan:-

1) Traktor Beroda Rantai Atau Trek


Traktor jenis ini biasanya berkuasa tinggi dan digunakan untuk melaksanakan kerja berat di ladang. Ianya berkeupayaan untuk menarik alat implemen yang besar seperti bajak lima alur dan sebagainya. Terdapat 2 jenis traktor beroda rantai iaitu:i) Trek Separa Terdiri daripada traktor yang diubahsuai di mana sepasang trek dipasang di bahagian belakang traktor menggantikan roda belakang. Traktor seperti ini mempunyai tekanan sentuhan permukaan yang rendah di mana ini akan memberikan pergerakan yang lebih baik pada permukaan tanah yang lembut dan bermasalah.

b)Trek Penuh Traktor jenis ini dilengkapi dengan sepasang trek yang dipadang terus dari bahagian belakang hingga ke depan traktor. Trek ini menyediakan permukaan yang luas bagi mengurangkan tekanan sentuhan permukaan. Ini membolehkan jentera bergerak di atas permukaan tanah yang lembut serta akan mewujudkan daya tukisan yang tinggi (large traction force) untuk melakukan tugas-tugas berat seperti menolak tanah dan sebagainya.

2) Traktor Beroda Berat Traktor yang berkuasa tinggi (sehingga 500 kk) serta untuk kegunaan kerja lebih
berat.

Traktor jenis ini biasanya dilengkapkan dengan roda getah berkembar. Ianya berkeupayaan untuk menarik implemen lebih besar untuk kegunaan di ladangladang yang besar seperti di Eropah dan Amerika Syarikat.

3) Traktor 4 Roda Kegunaan Am Traktor jenis ini merupakan traktor empat roda berkuasa sederhana yang berjulat
antara 15 kk hingga 100 kk. Traktor jenis ini boleh digunakan dikebanyakan ladang serta paling biasa digunakan pada masa kini. Traktor jenis ini juga dilengkapkan dengan pacuan dua atau empat roda, stereng berkuasa dan sebagainya.

Rekabentuk dan binaan traktor juga adalah pelbagai, mengikut jenis tugas yang

dijalankan seperti untuk kegunaan dusun, sawah, di bawah struktur dan sebagainya.

Penghantaran kuasa secara terus melalui cekam dan kotak gear. Penyambungan

implemen biasanya menggunakan drawbar dan penyambungan 3-penjuru. Traktor ini juga dilengkapkan dengan aci sadap kuasa (pto) untuk kegunaan implemen yang memerlukan kuasa putaran seperti alat pemotong rumput dan pembajak putar.

Traktor jenis ini boleh menjalankan berbagai kerja di ladang seperti membajak tanah, membaja, menyembur racun, merumput, pengangkutan dan sebagainya, apabila disambungkan dengan implemen berkaitan.

4) Traktor Dua Roda


Merupakan traktor untuk kegunaan di ladang bersaiz kecil dan jenis kendalian tangan. Kebanyakannya digunakan untuk mengendalikan kerja pembajakan ringan seperti pembajakan akhir di sawah dan penggemburan batas tanaman. Traktor jenis ini menggunakan enjin satu selinder dan berkuasa dari 5kk hingga 15kk. Jenis roda yang digunakan pula boleh disesuaikan mengikut jenis tanah, iaitu roda besi untuk mengerjakan tanah sawah, manakala roda getah untuk mengerjakan tanah daratan. Penghantaran kuasa adalah melalui talisawat dan drawbar digunakan untuk penyambungan implemen. Sistem alat pandunya (stereng) menggunakan brek.

Traktor 2 Roda

Traktor 4 Roda

3.

KOMPONEN TRAKTOR DAN FUNGSI a) Enjin

Merupakan penggerak utama bagi sesebuah traktor. Umumnya terdiri daripada enjin diesel berpenyejukan air untuk menjalankan tugas-tugas berat dan lasak bagi jangkamasa panjang. Ianya dilengkapi dengan alat pengawal imbang (all-speed governor) bagi mengekalkan halaju perjalanan traktor dan implemen pada suatu tahap yang tetap (steady) mengikut keperluan kerja. Enjin diesel digunakan berdasarkan faktor-faktor berikut:-

i) ii) iii) b) -

Mempunyai kecekapan haba yang tinggi, penggunaan bahanapi yang rendah dan murah. Tahan lasak, kos operasi yang rendah dan kawalan serta penyelenggaraan mudah. Daya kilas yang tinggi dan pengendalian enjinnya mudah.

Sistem Penghantaran Kuasa (Power Transmission)

Terdiri daripada sekumpulan komponen-komponen yang menghantar atau memindahkan kuasa yang dihasilkan oleh enjin kepada bahagian-bahagian bergerak traktor. Tugas utama komponen ini adalah:(i) Menyambung atau memutuskan aliran kuasa (engaging/disengaging power transmission) (ii) Menyediakan bezaan putaran (rotational differences) kepada roda pacu (driving wheels) dengan mengurangkan kuasa enjin kepada halaju putaran sesuai untuk setiap peralatan khas. Komponen-komponen tersebut seperti berikut:Cekam - Menyambung / memutuskan aliran kuasa daripada enjin ke komponen lain dalam sistem mengikut keperluan. Gear Hantaran (Transmission gears) - Menyediakan suatu nisbah gear (gear ratio) bagi melipatgandakan daya kilas (torque) yang dihasilkan oleh enjin. - Membolehkan traktor bergerak pada pilihan halaju berbagai. Gear Kerbeda (Differential gears) - Menurunkan halaju putaran aciputar (propeller shaft) dari kotak gear kepada halaju putaran yang sesuai ke pacuakhir (final drive). - Menyalurkan aliran kuasa penggerak dari punca kuasa (enjin) ke rodapacu (wheel drive) melalui sudut tepat 90o. - Membolehkan perbezaan halaju putaran antara rodapacu kiri dan kanan ketika traktor membelok. Pacu Akhir (Final drive) Mengurangkan halaju putaran yang diterimanya dari gear kerbeda bagi mempertingkatkan daya dengan kilas (torque) untuk melakukan kerja.

Nota: Nisbah pusingan enjin ke pusingan roda disebut sebagai jumlah nisbah kurangan (total reduction ratio) Jenis Kenderaan Kereta Lori (Truck) Traktor Reduction Ratio Gear Tinggi Gear Rendah 4:1 15:1 5.5-9 : 1 80:1 20-30 : 1 300-400 : 1

c)

Sistem Hidraulik

Bertugas menyampaikan tekanan minyak kepada setiap bahagian secara keseluruhan atau individu (transmits oil pressure of 70 150 kg/cm 2 to each part simultaneously or individually) Mengangkat dan menurunkan implemen jenis sangkut Menyesuaikan kedudukan implemen yang dilengkapi dengan meter atau silinder hidraulik (seperti tipping trailer) supaya dapat mengawal halangan tukisan (constant traction resistance) implemen yang disangkut pada penyangkut 3-penjuru.

d)
-

Sistem Brek Pada umumnya traktor 4-roda biasa dilengkapi dengan sistem brek bebas (independent brake system) pada roda belakangnya. Bertugas mengurangkan kelajuan atau memberhentikan traktor. Pada setiap roda dipasang satu pedal brek, biasanya digunakan ketika memusing sewaktu operasi di ladang. Jika di atas jalanraya atau tanah kering, pedal akan samasama terkunci dan bertindak serentak bagi tujuan keselamatan. Brek dikelaskan kepada 2 bahagian iaitu:(i) Brek gegendang (drum brake) (ii) Brek piring (disc brake)

e) -

Aci Sadap Kuasa (power take off - pto) Aci sadap kuasa merupakan aci yang terkeluar di bahagian belakang traktor supaya penyambungan dapat dibuat untuk menyalurkan kuasa bagi memacu implemen seperti pembajak putar, pemotong rumput, penabur baja dan sebagainya. Sesetengah implemen ladang dipacu menggunakan daya putar (rotating force) daripada enjin traktor. Aci pto (pto shaft) disambungkan ke sambungan universal (universal joint), takal talisawat (belt pulley) atau gegancu rantai (chain sprocket) Aci sadap kuasa bagi kebanyakan traktor dikendalikan secara hidraulik dan bebas daripada cekam atau penghantar. Sadap kuasa boleh dimasukkan atau dipisahkan pada bila-bila walau enjin sedang hidup. Sadap kuasa boleh beroperasi dengan traktor berhenti atau bergerak. Keadaan ini sangat diperlukan dan membolehkan lebih banyak alat perladangan menggunakan aci sadap kuasa.

Terdapat 2 jenis sistem penghantaran kuasa pto iaitu:-

(i) Independent pto


Putaran aci putar adalah bebas daripada gear utama.

(ii)

Ground pto Putaran aci putar sebanding dengan rodapacu seperti yang ditentukan oleh gear utama.

Enjin

Cekam

Kotak Gear pto

Roda

Sadap kuasa dilengkapkan supaya aci 1000 rpm mempunyai gelugur yang lebih kecil daripada aci piawai 540 rpm. Traktor direkabentuk supaya pusingan aci boleh ditukar bergantung kepada jenis aci yang digunakan. Aci 1000 rpm digunakan untuk beban sadap kuasa yang tinggi, manakala aci 540 rpm biasanya digunakan untuk implemen yang memerlukan kurang daripada 77 kuasakuda. Pada halaju enjin 1800 rpm, dua kelajuan putaran (rpm) aci-pto disyorkan bagi sebarang buatan traktor iaitu:(i) (ii) Mengikut syor British Standards Institution, BSI Aci-pto bersamaan 540 rpm + 10 rpm Mengikut syor American Society of Agriculture Engineers, ASAE Aci-pto bersamaan 1000 rpm + 25 rpm

4.

PENGENALAN KEPADA PANEL INSTRUMEN DAN ALAT KAWALAN Sesebuah traktor biasanya dilengkapi dengan panel instrumen dan alat-alat kawalan seperti:1. Panel Instrumen

a)
b)

Jangkalaju (Speedometer / tachometer) Menunjukkan kelajuan perjalanan traktor serta rpm enjin/pto. Jangkajam (hourmeter) Menunjukkan/merekodkan jumlah jam kerja traktor (pada halaju enjin 2700 rpm) Jangka amper (amperemeter) Mengukur arus elektrik dalam litar pengecasan. Tolok bahanapi (fuel gauge) Menunjukan kuantiti bahanapi di dalam tangki bahanapi Tolok tekanan minyak (oil pressure gauge) Menunjukkan samada tekanan minyak pelincir yang disalurkan melalui enjin berada di dalam keadaan normal ataupun tidak (normal approx. 1.5 kg/cm2 atau 21.3 psi) Tolok jangkasuhu (temperature gauge) Menunjukkan suhu air di dalam sistem penyejukan enjin.

c) d) e)

f)

2. a)

Alat Kawalan Suis penghidup (starter switch) Menghidupkan enjin melalui meter penghidup. Suis pemati enjin (engine stop switch) Mematikan enjin traktor Pendikit (throttle) Menambah/mengurangkan kelajuan enjin traktor. Terdapat 2 jenis: (i) Tuil pendikit (hand throttle lever) digunakan ketika operasi ladang bagi menetapkan perjalanan enjin yang stabil.

b)

c)

(ii)

Pemijak pendikit (foot accelerator) digunakan ketika memandu di atas jalanraya bagi membolehkan pengawalan traktor. d) Injak cekam (clutch pedal) Menyambung/memutuskan aliran daya penggerak dari enjin ke komponen lain dalam sistem penghantaran kuasa. e) Injak brek (brake pedal) Mengurangkan kelajuan atau memberhentikan traktor. Terdapat dua injak brek yang terpisah bagi roda belakang kiri dan kanan traktor iaitu untuk tujuan membelok ketika

bekerja di ladang. Ketika di atas jalanraya, kedua-dua injak brek tersebut dikunci bersama untuk tujuan keselamatan.

f)

Injak kunci kerbeda (differential lock pedal) Digunakan apabila salah satu tayar belakang mengalami masalah kegelinciran.

g) Tuil gear (gear lever) Memberikan pilihan halaju traktor. h) Tuil kawalan hidraulik (hydraulic control lever) Mengendalikan sistem hidraulik traktor untuk mengangkat, menurun dan mengawal implemen ladang yang dipasang ke penyambung 3-penjuru.

5.

OPERASI TRAKTOR a) Kaedah Memandu Traktor Menghidupkan enjin Jangan sesekali cuba menghidupkan enjin jika tidak berada di tempat duduk traktor. Pastikan brek tangan dinaikkan Pastikan tuil gear, tuil pemisah julat dan tuil pto pada kedudukan neutral. Tentukan tuil pendikit (throttle lever) dibuka sepenuhnya Tekan pedal cekam sepenuhnya Pastikan pengawal pemotong bahanapi ditekan sepenuhnya Pusing kunci suis penghidup mengikut arah jam untuk menghidupkan pemula (starter). Apabila enjin hidup, lepaskan kunci penghidup. Laraskan pendikit tangan pada kedudukan `idle tinggi. Untuk mematikan enjin, ditarik kawalan pemotong bahanapi. Biasanya terletak di bahagian bawah panel peralatan. Memandu traktor Brek tangan hendaklah dilepaskan. Pedal cekam ditekan sepenuhnya. Pastikan tuil gear, tuil pemisah julat dan tuil pto pasa posisi neutral Masukkan tuil gear yang dikehendaki Naikkan kelajuan enjin perlahan-lahan dan lepaskan pedal cekam dengan perlahan-lahan juga. Selaraskan sedikit ke tahap kelajuan yang diperlukan.

Pemilihan gear yang betul. Gear yang dipilih mestilah gear yang dapat menggunakan bahanapi yang paling ekonomik tanpa membebankan enjin ataupun system penghantaran. Untuk tujuan ini, gunakan gear yang paling tinggi di mana traktor tersebut boleh menjalankan kerja tanpa mengalami beban yang berlebihan. Pada masa yang sama, perhatian perlu diberi ke atas keadaan tanah yang berbezabeza. Dengan mengambilkira keadaan ladang yang tertentu, gear yang dipilih mestilah mampu menjalankan enjin pada tahap melebihi kuasa maksimum traktor. Sekiranya kuasa tidak mencukupi, hentikan traktor dan pilih gear yang lebih rendah Brek Pedal brek boleh digunakan untuk menjalankan traktor dengan satu roda bagi membantu mengurangkan jarak pusingan. Jangan sesekali menggunakan pedal brek apabila memandu dengan laju, kerana ianya membahayakan. Pedal brek boleh disatukan untuk memberikan pedal induk bagi kegunaan dijalanraya. Tentukan brek sentiasa berkeadaan baik, brek yang tidak diselaraskan dengan betul adalah merbahaya Pengunci kerbeda (Differential lock) Pengunci kerbeda dijalankan oleh injak. Kerbeda biasanya digunakan untuk memacu roda yang kurang rintangan. Sekiranya sebelah roda berada di tanah yang licin, roda ini akan memusing kerana menerima tenaga pacuan. Sekiranya pengunci kerbeda digunakan, tenaga

10

pacuan disalurkan ke sebelah roda yang terhenti di atas tanah yang kejap dan membolehkan traktor dipandu kehadapan. Penggunaan pengunci kerbeda disyorkan pada keadaan tanah licin di mana terdapat cengkaman yang tidak sama pada keduaa-dua belah roda, terutama sekali apabila membajak di kawasan lembut dan licin Pengunci kerbeda akan digunakan selagi pedal ditekan dan ia terpisah apabila tekanan dilepaskan. Jangan sekali-kali membuat pusingan sebelum pengunci kerbeda dipisahkan. Elakkan daripada memasukkan pengunci kerbeda ketika pusingan r.p.m. enjin tinggi dan roda belakang berpusing dengan laju kerana ini akan merosakkan gigi pada pengganding (coupler). Memberhentikan traktor

Kurangkan kelajuan traktor dengan merendahkan pendikit dan ditekan pedal brek. Sebelum traktor berhenti, pisahkan cekam (clutch) dan matikan enjin. Masukkan brek tangan dan juga gear rendah. Keluarkan kunci untuk mengelakkan enjin dihidupkan dengan tidak sengaja.

b) Langkah-Langkah Keselamatan Memandu Traktor 1) Keselamatan pemandu Kemalangan sering berlaku semasa penggunaan traktor pertanian yang melibatkan pemandu traktor itu sendiri. Pemandu haruslah mematuhi beberapa peraturan tertentu bagi mengelakkan kemalangan disebabkan kecuaian diri sendiri. Peraturan-peraturan keselamatan: 1. Pakaian hendaklah sentiasa kemas dan tidak longgar 2. Jangan melakukan sebarang pemeriksaan asas, penyelenggaraan dan baikpulih ketika enjin traktor sedang hidup 3. Pastikan aci-pto bertutup dengan pelindung apabila tidak digunakan 4. Jangan naik atau turun dari traktor yang sedang bergerak 5. Sentiasa memandu traktor pada kelajuan yang bersesuaian bagi mengelak kemalangan 6. Tumpukan pandangan sentiasa ke hadapan apabila memandu traktor 7. Tentukan pedal brek kiri dan kanan berkunci apabila memandu di atas jalanraya 8. Kurangan kelajuan traktor apabila membelok 9. Sentiasa berhati-hati apabila memandu atau membelok di atas tanah curam atau ketika menarik beban berat. Pilih gear rendah ketika menuruni cerun. 10. Sentiasa berwaspada ketika memandu berhampiran dengan tebing atau tanah lembut terutamanya dimusim hujan 11. Jangan tanggalkan tudung pengalih haba (radiator) ketika enjin masih panas.

2) Keselamatan Jentera Keselamatan jentera juga harus dititik beratkan dalam penggunaannya. Pemandu traktor yang baik harus mempunyai sekurang-kurangnya pengetahuan asas bagaimana traktor bekerja, mengetahui fungsi komponen traktor, penyelenggaraan asas dan sebaliknya supaya dapat mengelakkan kejadian kerosakan dan mengakibatkan kemalangan. Peraturan-peraturan keselamatan:

11

1. Jalankan pemeriksaan asas dan penyelenggaraan harian sebelum traktor beroperasi. 2. Jangan meletakkan sebarang benda asing di atas implemen yang terpasang di traktor dan sedang beroperasi. 3. Jangan membelok traktor dalam keadaan gear kerbeda berkunci. 4. Gunakan pemberat (ballast) pada bampar hadapan apabila memandu pada tanah lembut ataupun ketika mendaki cerun bagi mengimbangkan sebaran berat. 5. Jika enjin traktor mengeluarkan asap hitam yang tebal walaupun traktor tidak membuat kerja, traktor perlulah dibaikpulih dengan segera. 6. Apabila meletakkan traktor (parking), pilihlah tempat yang rata dan mendatar, tarik brek tangan dan gunakan batu blok pada tayar traktor. 7. Jangan biarkan traktor mengangkat atau menarik implemen yang melebihi had berat yang ditentukan kerana akan mengurangkan kecekapan bekerja traktor. 8. Pastikan kedua-dua belah pedal brek kiri dan kanan dikunci agar kedua-dua roda boleh dibrek serentak semasa memandu di jalanraya atau pergi/balik dari ladang. 9. Memandu dari tempat duduk yang dikhaskan atau berdiri di tempat yang disediakan. Jangan memandu dari atas drawbar atau palang-palang implemen. 10. Apabila traktor disangkut (hitch) pada tunggul atau beban yang berat, biasanya disambung pada drawbar dan jangan ditarik rantai secara mengejut. 11. Berhati-hati ketika bekerja di lereng bukit. Awasi lubang-lubang supaya roda tidak tenggelam dan boleh menyebabkan traktor terbalik. 12. Ketika memandu di permukaan yang tidak rata, gunakan halaju yang rendah kerana boleh memanjangkan umur tayar. 13. Semasa menuruni jalan curam atau bukit, gunakan gear rendah dan jangan menekan pedal cekam atau menukar gear. 14. Kurangkan kelajuan sebelum membrek atau membuat belokkan. 15. Sekiranya enjin traktor terhenti semasa bekerja, pemandu hendaklah memberhentikan keseluruhan traktor tersebut sebelum menghidupkan enjin semula. 16. Kurangkan kelajuan semasa mengundur dan amalkan mengundur lurus ke belakang. 17. Sekirnya terdapat sebarang bunyi luar biasa pada bahagian-bahagian traktor, berhentikan traktor serta merta dan buat pemeriksaan dan pembaikan jika perlu. 18. Jangan isi minyak ketika enjin sedang hidup atau terlalu panas. Jauhkan daripada api rokok dan sebagainya ketika mengisi minyak. 19. Jangan memasukkan air sejuk ke dalam pengalih haba di mana enjin terlalu panas kerana ini boleh memecahkan blok silinder. Tunggu sehingga enjin sejuk. 20. Sebelum menanggalkan implemen yang menggunakan kuasa pto traktor, pastikan aci-pto telah berhenti. 21. Pastikan implemen yang ditarik tidak bergerak lebih laju daripada traktor ketika bekerja di lereng bukit. 3) Keselamatan awam 1. Jangan benarkan orang awam menumpang di atas traktor yang dikhaskan untuk seorang pemandu sahaja. 2. Jangan benarkan orang awam menumpang di atas drawbar atau di atas implemen yang sedang beroperasi. 3. Apabila memandu di atas jalanraya, beri laluan kepada kenderaan lain dan patuhi undang-undang jalanraya. 4) Signal tangan

Perhubungan secara lisan oleh pemandu jentera pertanian biasanya sukar dilakukan
disebabkan oleh factor keadaan yang bising ketika menjalankan jentera, jarak yang

12

jauh dan halangan fizikal yang lain. Dalam keadaan ini, pemandu terpaksa berhubung secara signal menggunakan tangan. Penggunaan signal tangan dapat menjimatkan masa dan mengelakkan kemalangan. Penggunaannya juga sangat mudah dilakukan dan cara yang paling berkesan untuk berhubung apabila bekerja dengan jentera pertanian.

Satu set kaedah penggunaan signal tangan telah dibentuk untuk pengguna jentera

pertanian, iaitu terdiri daripada sebelas bentuk signal. Pemandu hanya memerlukan sebelah tangan untuk melakukannya. Kaedah signal tangan adalah seperti berikut:Bil 1. 2. 3. Arahan Hidupkan enjin Berhentikan enjin Datang ke arah saya Signal Gerakkan tangan dalam bentuk bulatan pada paras siku, seolah-olah memusingkan stereng. Gerakkan tangan ke kiri dan ke kanan pada paras leher. Angkat tangan ke atas, arahkan tapak tangan ke hadapan dan gerakkan tangan dalam bentuk bulatan ke kanan dan ke kiri. Pandang ke arah pergerakan yang diperlukan. Angkat tangan ke atas dengan tapak tangan arah ke depan. Kemudian hayun tangan ke hadapan sehingga lurus dengan paras bahu. Ulangi pergerakan ini. Pandang ke arah orang atau jentera yang akan digerakkan. Angkat sebelah tangan pada paras siku dengan tapak tangan mengarah ke dalam. Gerakkan tangan ke hadapan dan ke belakang. Hulurkan tangan lurus ketepi dengan tapak tangan ke bawah. Gerakkan tapak tangan ke atas dan ke bawah berulang-ulang. Genggam tangan. Bengkokkan tangan supaya genggaman berada pada paras baru. Tolak tangan ke atas dan ke bawah berulang-ulang. Naikkan jari telunjuk dan gerakkan tangan dalam bentuk bulatan ke kiri dan ke kanan pada paras kepala. Tunjukkan jari telunjuk ke bawah dan gerakkan tangan dalam bentuk bulatan ke kiri dan kanan pada paras paha. Angkat kedua belah tangan pada paras bahu dan tapak tangan diarahkan ke dalam. Gerakkan tangan ke dalam atau keluar untuk jarak yang dimaksudkan. Angkat tangan ke atas dengan tapak tangan ke hadapan.

4.

Beredar pindah

5.

Bergerak ke arah saya

Perlahan

Tambahkan Halaju

8 9 10

Naikkan Implemen Turunkan Implemen Pada jarak ini

11

Berhenti

13

6.

PENYELENGGARAAN DAN PEMBAIKAN TRAKTOR Setiap jentera memerlukan penjagaan yang baik supaya boleh tahan lama. Setiap pengguna jentera harus menyediakan jadual penyelenggaraan dan pembaikan terhadap jentera-jentera tersebut. Penyelenggaraan dan pembaikan adalah bertujuan mengekalkan keadaan yang baik untuk enjin jentera supaya boleh digunakan untuk masa yang lama. Penyelenggaraan juga boleh mengesan kerosakan dengan cepat sebelum ianya mengakibatkan kerosakan pada bahagian-bahagian lain. Kebanyakan traktor dilengkapi dengan jangkajam (hourmeter). Rekod bilangan jam enjin bekerja adalah berguna kerana ianya memberi panduan kepada pemilik atau pemandu untuk melaksanakan kerja servis dan pembaikan seperti yang disyorkan oleh syarikat pembuat. Kerja-kerja penyelenggaraan terbahagi kepada 5 peringkat:1) Penyelenggaraan harian Bagi penyelenggaraan harian, pemeriksaan perlu dilakukan setiap hari. dibahagi kepada dua masa yang tertentu iaitu:Penyelenggaraan

(i)

Sebelum Menghidupkan Traktor a) Periksa paras minyak enjin dalam takungan enjin dan tambah jika berkurangan b) Periksa penapis udara supaya bersih dan mempunyai minyak penapis yang cukup. c) Periksa air dalam radiator, tambah jika kurang d) Periksa air bateri, dan tambah jika kurang e) Periksa bahanapi dalam tangki f) Pastikan roda mempunyai tekanan udara yang sesuai g) Bubuh gris pada bering-bering yang bergerak.

(ii)

Selepas Menggunakan Traktor a) Basuh traktor dan implemen hingga bersih b) Ketatkan semua bolt dan nut yang longgar pada tayar dan badan traktor c) Griskan semua bering-bering d) Isi penuh tangki bahanapi e) Simpan traktor di tempat yang beratap.

2) Penyelenggaraan 50 jam (mingguan) 1.


2. 3. 4. 5. Bersihkan bekas penapis udara dan juga penapisnya. Minyak gear - periksa paras dan tambah jika perlu Minyak gandar belakang - periksa paras dan tambah jika perlu. Bateri cas bateri, tambah air suling dan bersihkan kabelnya. Minyak stering isikan minyak SAE yang disyorkan. Periksa tekanan angin tayar tambah jika perlu Sistem hidraulik periksa dan tambahkan minyak hidraulik Periksa ketegangan talisawat kipas Penapis bahanapi buang segala kekotoran dan bersihkan takungnya.

6.
7. 8. 9.

3) Penyelenggaraan 200 jam (bulanan)

14

1.
2. 3. 4. 5. 6.

Lakukan penyelenggaraan 50 jam Tukar minyak pelincir dalam enjin Bersihkan atau tukar penapis minyak enjin Tukar minyak dalam pembersih udara dan bersihkan penapisnya. Bersihkan penapis bahanapi Bubuh pelincir pada pedal cekam dan pedal brek

4) Penyelenggaraan 600 jam (setengah tahun) 1.


2. 3. 4. Lakukan penyelenggaraan 200 jam Tukar minyak gear Tukar minyak stering Tukar minyak hidraulik Periksa dan selaraskan brek dan cekam (25-50mm) Tukar penapis hidraulik (jika perlu) Tukar penapis bahanapi Cuci dan pasangkan semua bering roda depan

5.
6. 7. 8.

5) Penyelenggaraan 1000 jam (tahunan) 1.


2. 3. Buat penyelenggaraan 600 jam Tukar minyak gear Tukar minyak `final drive dan kerbeda Buat `flushing untuk sistem penyejukan Periksa starter motor Periksa dan selaraskan kelegaan injap Bubuh pelincir pada bering roda depan dan belakang

4. 5.
6. 7.

15

7.

ENJIN TRAKTOR 7.1 Pengenalan

Enjin traktor umumnya terdiri daripada enjin diesel 4 lejang dan 4 silinder berpenyejukan air untuk menjalankan tugas-tugas berat dan lasak untuk jangkamasa yang panjang. Enjin merupakan penggerak utama bagi sesebuah traktor dan berfungsi sebagai kumpulan kuasa (power pack) yang terdiri daripada 4 sistem asas iaitu:Sistem pembakaran (combustion system) Sistem penyejukan (cooling system) Sistem pelinciran (lubrication system) Sistem elektrik (electrical system) 7.2 Komponen Enjin Enjin terdiri daripada beberapa komponen utama seperti berikut:-

1)

Bungkah Silinder (cylinder block) Penyokong asas bagi unit kuasa. Biasanya diperbuat daripada besi tuangan (cast iron) bagi enjin pembakaran mampatan dan aluminium tuangan bagi enjin penyalaan cucuh. Kedua-dua bahan ini tahan kepada tekanan dan suhu yang tinggi. Menyediakan ruang silinder untuk omboh (piston)

2)

Kepala Silinder (cylinder head) Menutup bahagian atas bungkah silinder. Diperbuat daripada bahan yang sama seperti bungkah silinder. Mengandungi lubang-lubang ruang pembakaran bagi membolehkan pemampatan isipadu silinder oleh omboh. 3) Omboh (piston) - Bahagian pertama yang memulakan pergerakan ke atas dan ke bawah bagi menghasilkan daya gerak dalam silinder. - Menyampaikan kuasa yang terhadil dari tekanan letusan bahanapi (pembakaran) kepada aci oleng (crank shaft) - Diperbuat daripada logam campuran aluminium (aluminium alloy) bagi memberikan sifat ringan dan tahan. Rod Penyambung (connecting rod) - Memegang omboh untuk disambung kepada aci-oleng (crank shaft) - Memindahkan daya yang dihasilkan oleh omboh kepada aci-oleng. - Bekerjasama dengan aci-oleng untuk menukarkan pergerakan salingan omboh kepada gerakan putaran aci-oleng. Aci-oleng (crank shaft) - Bekerjasama dengan omboh untuk menukarkan pergerakan salingan ke pergerakan putaran. - Memindahkan daya yang dihasilkan oleh enjin kepada kotak gear melalui rodatenaga (flywheel) Bearing Mengalas semua bahagian yang berputar dalam enjin bagi meminimumkan pergeseran. a) Plain bearing - Shell bearing dibelah kepada dua bahagian yang sama bagi memudahkan kerja-kerja memasang atau menanggalkannya. - Bush bearing berbentuk silinder yang lengkap Roller bearing

4)

5)

6)

b)

16

7)

Beban di alas oleh bebola (balls) atau penggiling (rollers) yang dipasang antara dua gelang.

Injap (valve) i) Injap sedutan (intake valve) - Mengawal kemasukan campuran bahanapi dan udara atau udara sahaja ke dalam ruang silinder melalui liang masuk (intake port) ii) Injap ekzos (exhaust valve) - Mengawal pengeluaran sisa-sisa gas pembakaran daripada ruang silinder melalui liang ekzos (exhaust post)

8)

Jumpelang (rocker arm) - Menekan injap supaya membuka liang apabila ditolak oleh rod tunjal (push rod) Tapet (tappet) - Menolak rod tunjal apabila digerakkan oleh sesondol (cam) Aci-sesondol (camshaft) - Bekerjasama dengan tapet, rod tunjal dan jumpelang bagi menghasilkan pembukaan liang oleh injap pada ketika yang ditentukan. Roda tenaga (fly wheel) - Memegang dan mendapatkan gerak aci-oleng yang stabil bagi mengelakkan getaran enjin ketika omboh melakukan operasi sedutan, mampatan, kuasa dan ekzos. - Menambah daya kilas enjin (torque) - Memberi lanjakan (momentum) kepada pergerakan omboh. - Membolehkan semua bahagian enjin bergerak ketika menghidupkan enjin melalui motor penghidup (starter motor) Gear pemasaan (timing gear/belt) - Berfungsi menyelaras pergerakan omboh dengan system injap. - Terdapat dua jenis iaitu gear aci-oleng (craftshaft gear) dan gear acisesondol (camshaft gear) Kotak-oleng (crankcase) - Bahagian yang menutupi aci-oleng dan disatukan dengan bungkah silinder dan kepada kebuk bagi menjadikan sebuah unit penyokong asas enjin yang lengkap. Di bahagian bawah dasar kotak-oleng terdapat takungan minyak (oil sump) bagi menakung minyak pelincir. Penafas udara (air breather / crankcase ventilator) - Mengeluarkan gas-gas yang masuk ke dalam kotak-oleng melalui omboh dan silinder. - Mengelakkan pembentukan tekanan tinggi dalam kotak-oleng (pressure built-up)

9) 10)

11)

12)

13)

14)

7.3

Istilah Pelakuan Enjin 1) 2) 3) Kedudukan atas sekali (top dead center, TDC) - Kedudukan omboh pada had paling atas dalam ruang silinder. Kedudukan bawah sekali (bottom dead center, BDC) - Kedudukan omboh pada had paling bawah dalam ruang silinder. Lejang (stroke)

17

4)

Jarak pergerakan omboh TDC ke BDC atau dari BDC ke TDC dalam ruang silinder.

Kitar (cycle) - Pergerakan yang berlaku dalam ruang silinder antara dua letusan yang terjadi dalam ruang pembakaran (combustion chamber) Bagi satu kitar lejang (one-stroke cycle), peristiwa berikut berlaku:-

i) ii) iii) iv) silinder. 5)

Sedutan (induction) campuran bahanapi masuk ke ruang silinder. Mampatan (compression) campuran bahanapi dimampatkan. Kuasa (power) bahanapi dinyalakan. Ekzos (exhaust) sisa-sisa gas pembakaran dikeluarkan dari ruang Nisbah mampatan (compression ratio) - Ukuran kuantiti campuran bahanapi dan udara yang dimampatkan oleh omboh dalam ruang silinder. Isipadu anjakan (displacement volume) - Isipadu yang dianjak oleh omboh ketika ianya bergerak dari BDC ke TDC. Isipadu kelegaan (clearance volume) - Isipadu ruang pembakaran ketika omboh berada pada TDC.

6) 7)

7.4

Operasi Enjin Enjin Diesel 4 Lejang (penyalaan mampatan) Enjin diesel menggunakan bahan api jenis berat. Dalam satu kitar lejang sebuah enjin penyalaan mampatan, satu siri peristiwa berikut berlaku berlarutan. Operasi a) Lejang Sedutan Omboh berada pada tahap TDC, injap masuk terbuka dan injap keluar tertutup. Apabila aci-oleng berputar, omboh bergerak ke BDC dan udara disedut masuk ke dalam ruangan silinder. Apabila omboh tiba di BDC, injap masuk tertutup. a) Lejang Mampatan Aci-oleng terus berputar, omboh bergerak ke TDC. Kedua-dua injap tertutup bagi membolehkan pemampatan udara ke dalam ruang pembakaran antara kepala kebuk dan kepada omboh. c) Lejang Kuasa Omboh berada di TDC dan kedua-dua injap masih tertutup. Nozel pemancit (injector nozzle) memancitkan bahanapi (diesel) ke dalam ruang pembakaran untuk penyalaan. Haba bersuhu tinggi dan gas mengembang dalam ruang pembakaran yang terhad, mewujudkan suatu daya tekanan yang kuat untuk menolak omboh ke bawah semula. Lejang Ekzos Omboh berada pada BDC, injap ekzos terbuka Apabila omboh bergerak ke TDC, sisa-sisa pembakaran diasak keluar melalui liang keluar.

d)

gas

18

Ketika omboh tiba ke TDC, injap ekzos tertutup dan injap masuk terbuka semula bagi mengulangi proses kitaran yang berikutnya.

19

7.5

Kuasakuda Enjin i) Kuasakuda Tunjuk (Indicated horsepower, iHp) - Kuasakuda yang dibentuk oleh enjin dan diperolehi dari tekanan piston dalam silinder.

Kuasakuda tunjuk, iHp = P x L x A x N x n x (enjin 4-lejang) 4500 = P x L x A x N x n x (enjin 2-lejang) 4500

di mana,

P L A N n

= = = = =

tekanan efektif dalam silinder, kg/cm2 jarak lejang piston, m luas permukaan piston, cm2 kelajuan enjin, rpm bilangan silinder

ii) Kuasakuda Brek (Brake Horsepower, bHp) - Kuasakuda sebenar yang dihantar oleh enjin kepada aci-pacu (propeller/drive shaft) iii) Kuasakuda Drawbar (Drawbar Horsepower, dHp) - Kuasakuda traktor yang diukur pada drawbar untuk menarik beban atau implemen. iv) Kuasakuda PTO (PTO horsepower, ptoHp) - Kuasakuda yang diukur pada aci PTO

Enjin Satu Silinder

Enjin 4 Silinder

20

8.

SISTEM PENYEJUKAN ENJIN A) Pengenalan - Haba yang terhasil dalam enjin pembakaran dalam terjadi dari proses pembakaran bahanapi di dalam silinder semasa lejang kuasa. - Walau bagaimanapun sesebuah enjin pembakaran dalam hanya mampu menukarkan sejumlah kecil sahaja tenaga haba (anggaran 25%) kepada tenaga sawat sedangkan yang selainnya diserap oleh silinder, omboh dan sebagainya. - Disebabkan faktor ini maka suatu sistem penyejukan perlu diadakan bagi menghamburkan baki haba yang berlebihan ini pada kadar yang berpatutan dan pada masa yang sama mengawal suhu operasi enjin yang cekap (suhu kecekapan enjin yang tinggi adalah 160200oF atau 7193oC). Fungsi Sistem Penyejukan Sistem penyejukan berfungsi menyerap, meresap dan mengawal haba di dalam enjin yang sedang beroperasi. Ketiadaan sistem penyejukan yang baik di dalam sesebuah enjin pembakaran dalam boleh mengakibatkan tiga masalah utama: a) Penghausan dinding-dinding omboh dan silinder, pengembangan injap yang terlampau serta mengakibatkan omboh dan bering tersepit di dalam ruang silinder (jamming) b) Pemusnahan kualiti minyak pelincir akibat daripada keadaan suhu haba yang terlalu tinggi. c) Pembakaran awal campuran bahanapi (pre-ignition) yang mengakibatkan kesan `knocking dan hilang kuasa. C) Jenis Sistem Penyejukan dan Operasi

B)

i)

Sistem Penyejukan Udara: Di mana haba yang terhasil dari proses pembakaran campuran bahanapi dialir keluar melalui dinding silinder dan dihambur terus ke udara. Sirip-sirip diadakan pada permukaan luar kepala kebuk dan bungkah silinder bagi memperluaskan lagi kawasan permukaan yang terdedah kepada udara dan seterusnya meninggikan kadar kecekapan sistem penyejukan. Keperluan untuk sistem penyejukan udara yang cekap:a) Pengurusan udara yang sempurna (proper air ducting, contoh guides, fins) b) Pengedaran bantuan kipas (bladed-flywheel, radial fan) Ciri Enjin Penyejukan Udara: a) Bahagian tertentu daripada enjin tersebut (contohnya bungkah silinder, kepala kebuk dan liang ekzos) menghasilkan lebih banyak haba yang harus dihamburkan. Dengan ini sirip-sirip pada kawasan permukaan bahagianbahagian tersebut adalah diperlukan lebih luas daripada yang lain. b) Oleh kerana haba bersifat menjalar dari satu kelompok bahan yang luas kepada satu titik yang paling tirus yang terdedah kepada media penyejukan, maka sirip-sirip dibentuk tirus bagi menggalakkan proses penghamburan haba. c) Lebih bising daripada yang berpenyejukan air. d) Mempunyai silinder dan omboh yang lebih kecil bagi meminimumkan penghasilan haba. e) Enjin yang mempunyai lebih daripada satu silinder memerlukan acuan yang berasingan bagi mendapatkan kesan penyejukan yang maksimum.

21

Kebaikan a) Ringan b) Ringkas c) Tidak memerlukan penjagaan yang rapi d) Tiada masalah kebocoran bendalir (air) Keburukan Sukar untuk mengawal kadar penyejukan yang cekap dan sempurna di dalam pelbagai keadaan suhu silinder.

ii)

Sistem penyejukan air (radiator) Digunakan secara meluas pada hampir kesemua kenderaan dan jentera. Pam empar dan kipas penyejuk dipasangkan kepada sebuah aci yang diputarkan melalui talisawat oleh aci-oleng.

Komponen utama dan fungsi bagi sistem penyejukan air / radiator: a) Selubung air (water jacket) Terdiri daripada ruang-ruang kosong di dalam dinding-dinding bungkah silinder dan kepala kebuk bagi menyalurkan pengedaran air dengan bebas meliputi bahagian-bahagian engin yang mengeluarkan haba yang banyak semasa operasi. Haba diserap daripada bahagian-bahagian tersebut oleh air yang beredar mengelilinginya melalui kaedah arus perolakan (convection). Pengalihaba (radiator) Bertujuan menyediakan permukaan menyejuk yang maksimum di mana air panas disalurkan menjadi aliran-aliran nipis bagi mempercepatkan lagi kadar penghamburan haba ke udara. Terdiri dari tiga bahagian utama:(i) Tangki atas (upper tank) - Bertindak sebagai takungan semantara di atas.

b)

(ii) Tangki bawah (lower tank) - Bertindak sebagai takungan


sementara di bawah.

(iii)

Teras (core) Terdiri daripada saluran-saluran kecil dan memanjang daripada tangki atas ke tangki bawah. Ianya dilengkapi dengan sirip-sirip bagi memperluaskan lagi permukaan menyejuk. Saluran-saluran ini adalah samada berbentuk bulat atau leper. Teras didapati di dalam dua bentuk utama iaitu corong (tubular) dan serau (cellular)

c)

Tudung tekanan pengalihaba (radiator cap) Bertujuan meninggikan takat didih (boiling point) air bagi membolehkan operasi engin pada suhu yang lebih tinggi. Tudung tekanan yang mempunyai tekanan 7-8 psi, air akan mendidih apabila suhu mencapai 112oC pada paras laut dan tekanan atmospera 101kPa. Tudung tekanan mempunyai injap untuk membebaskan wap apabila tekanan terlampau tinggi.

22

d)

Kipas penyejuk (cooling fan) Bertujuan meniup arus udara sejuk melalui teras pengalihaba bagi meninggikan lagi kadar kecekapan proses penyejukan. Ianya dipasang pada aci-pam dan dipacu oleh talisawat kipas (fan belting). Talisawat kipas (fan belt) Bertujuan memacu pam air, kipas, janakuasa dan lain-lain. Biasanya berbentuk `V supaya dipasang dengan sempurna pada alur takal. Pam air (water pump) Bertujuan menggerakkan air supaya beredar mengelilingi keseluruhan sistem penyejukan enjin. Ianya terdiri daripada sebuah pam empar (centifugal pump) yang dipacu oleh talisawat kipas. Larasuhu (thermostat) Bertujuan menyekat pengaliran air dari selubung air kembali ke pengalihaba sehingga suhu engin mencapai had suhu kecekapan bekerja yang optima (76-93oC) dan seterusnya mengawal had suhu tersebut supaya sentiasa stabil pada pelbagai keadaan beban kerja yang dikenakan ke atas engin tersebut. Komponen ini terletak di dalam saluran air atas di antara bungkah silinder dan tangki atas pengalihaba. Jenis-jenis larasuhu:a) Jenis bellow (spring) b) Jenis wax element (apar)

e)

f)

g)

a) b) c)

Kebaikan sistem penyejukan air / radiator:Mempunyai kecekapan penyejukan yang tinggi Dapat mengawal suhu kendalian enjin yang stabil Air adalah punca menyejuk yang mudah diperolehi Keburukan:a) Boleh menyebabkan karat b) Menghasilkan mendapan (deposits) di dalam ruang-ruang selubung air c) Memerlukan ruangan yang luas.

23

9.

SISTEM BAHANAPI A) i) Enjin Penyalaan Cucuh (Spark Ignition) Pengenalan Sistem bahanapi meliputi semua tugas-tugas menyimpan, menapis, mengepam dan mengadun bahan tersebut dengan udara sebelum dihantar ke ruang pembakaran silinder untuk penyalaan. Ciri-ciri bahanapi yang diperlukan seperti:i) Mudah menjadi wap pada keadaan bersuhu rendah ii) Mempunyai nilai tenaga (energy value) yang tinggi iii) Bebas daripada endapan pembakaran (eg. Soots) iv) Mudah membakar v) Mudah dikendalikan vi) Tidak membahayakan nyawa atau kesihatan manusia dan alam sekitar. Jenis Sistem Bahanapi

ii)

a)

Jenis sedutan (suction system) Di mana tangki bahanapi ditempatkan pada kedudukan di bawah karburator dan disambung di antara keduanya oleh saluran bahanapi (fuel pipe). b) Jenis `gravity-feed Di mana tangki bahanapi ditempatkan pada kedudukan di atas karburator dan disambungkan antara keduanya oleh saluran bahanapi. Jenis `force-feed Di mana tangki bahanapi ditempatkan pada kedudukan di bawah karburator bagi memudahkan kerja-kerja mengisi bahanapi untuk jentera-jentera besar contohnya lori. Dengan itu sebuah pam bahanapi (accelarator pump, AC) diperlukan untuk mengasak bahanapi daripada tangki bahanapi naik ke atas ke karburator.

c) iii)

Komponen dan Fungsi a) Tangki bahanapi (fuel tank) Bahan menakung bahanapi. Ianya dilengkapi dengan turas (strainer) atau penapis (filter) bagi mengelakkan bahan-bahan asing daripada mengalir masuk ke dalam saluran bahanapi. Saluran bahanapi (fuel pipe) Menyalurkan bahanapi daripada tangki bahanapi ke karburator. Penapis bahanapi (fuel filter) Menapis mendapan (sediments) daripada bahanapi. Pam bahanapi (fuel pump) Mengasak bahanapi ke dalam takungan pelampung (float chamber) di dalam karburator. Terdapat dua jenis iaitu:Pam mekanikal (Mechanical pump) Pengendaliannya adalah melalui kuasa enjin (aci sesondol) Pam elektrik (electrical pump) Pengendaliannya adalah melalui kuasa bateri (solenoid/electro-magnet) e) Saluran udara (air passage)

b) c) d)

1. 2.

24

Menyalurkan udara daripada pembersih udara ke karburator. f) Pembersih udara (air cleaner) Membersih udara dari kotoran seperti debu-debu, wap air yang terampai dalam udara. Dua jenis utama: Jenis kering (dry-type air cleaner) Jenis basah (oil-bath type air cleaner) g) h) Pancarongga masuk (intake manifold) Mengagih campuran bahanapi daripada karburator ke ruang-ruang silinder. Karburator (carburettor) Tugas-tugas: i) Membantu pengewapan bahanapi. iii) Mengadun wap bahanapi dan udara pada kadar campuran yang betul (misalnya dengan berat, 14 bahagian udara + 1 bahagian bahanapi atau dengan isipadu, 9000 bahagian udara + 1 bahagian bahanapi). iii) Membekalkan kuantiti campuran bahanapi kepada engin mengikut keperluan (bergantung kepada beban, halaju, suhu dan lain-lain). Jenis-jenis karburator:

1. 2.

Jenis sedutan (suction type) ch. Enjin gergaji rantai. Jenis pelambung (float type)

Pengkelasan karburator:a) Downdraf carburettor Di mana karburator ditempatkan pada kedudukan di atas pancarongga masuk supaya campuran bahanapi mengalir daripada atas ke bawah. b) Updraf carburetor Di mana karburator ditempatkan pada kedudukan di sisi atau di bawah pancarongga masuk, supaya campuran bahanapi mengalir daripada arah bawah ke atas.

Komponen dan fungsi:(1) Choke Mengurangkan kemasukan udara bagi memekatkan lagi campuran bahanapi yang disedut masuk ke dalam ruang silinder bagi memudahkan enjin hidup.

(2)

Float & Float valve (pelampung & injap pelampung) Mengawal kemasukan bahanapi ke dalam ruang pelampung (float chamber) (3) Venturi Mendapatkan kelajuan arus udara yang tinggi bagi menwujudkan keadaan tekanan yang rendah supaya mudah bahanapi disedut naik atau disembur.

(4) Main jet (penyembur utama)


Mengalirkan bahanapi penyembur utama. (5) dari ruang pelampung ke mucung

Main jet nozzle (muncung penyembur utama)

25

Menyembur bahanapi ke venturi

(6) Main jet neddle valve


(injap jarum pemancut utama) Mengawal pengaliran bahanapi yang melalui penyembur utama.

(7) Idling jet (pemancut idling)


Membekalkan bahanapi pada kelajuan enjin yang rendah. (8) Idling jet adjustment needle valve (injap jarum pelaras pemancut idling) Mengawal campuran idling yang betul. Air bleed Membantu mendapatkan pemercikan bahanapi yang lebih halus. Throttle butterfly Mengawal kemasukan campuran bahanapi ke dalam ruang silinder.

(9) (10)

B) i)

Enjin Penyalaan Mampatan (Compression Ignition) Pengenalan Enjin penyalaan mampatan berbeza dari enjin penyalaan cucuh dari dua aspek utama:(a) Hanya udara yang disedut masuk ke dalam ruang silinder oleh omboh pada lejang sedutan sementara bahanapi hanya disembur masuk ke dalam ruang pembakaran pada penghujung lejang mampatan. (b) Campuran bahanapi dinyalakan oleh suhu udara yang mempat pada tekanan yang tinggi. ii) Komponen dan fungsi a) Tangki bahanapi (fuel tank) Bagi mengandungi bahanapi diesel, ia dilengkapi dengan turas (stainer) bagi mengelakkan bahan-bahan asing daripada mengalir masuk ke dalam saluran bahanapi sehingga tersumbat. b) `Choke Mengawal pintu saluran dari tangki ke pam bahanapi. c) Saluran bahanapi (fuel pipes) Menyalurkan bahanapi Membekalkan jumlah bahanapi dengan betul Menimbangkasakan penghantaran bahanapi ke silinder-silinder mengikut aturan pembakaran (firing order) yang betul. Mengawal kadar penghantaran bahanapi ke dalam ruang-ruang pembakaran silinder

d) Saluran pengagih (distributor pipes) Menyalurkan bahanapi bertekanan tinggi ke silinder yang berasingan. (e) Muncung penyembur (injection nozzles) Mempunyai 2 fungsi utama:(i) Mengatomaiskan bahanapi untuk mendapatkan pembakaran yang baik. (ii) Menyamaratakan semburan bahanapi supaya benar-benar sebati dengan udara yang telah dimampatkan di dalam ruang pembakaran.

26

(f) Saluran salur balik (return pipes) Menyalurkan kembali baki bahanapi bertekanan tinggi dari pam pemancut tangki.

27

28

10.

SISTEM ELEKTRIK Perbincangan hanya kepada enjin penyalaan cucuh. Pengenalan Sistem elektrik pada sesebuah jentera atau kenderaan adalah terdiri daripada litar-litar yang berbeza dengan fungsi-fungsi pengawalannya yang tersendiri seperti berikut: Litar penyalaan (ignition circuit) Litar penghidup (starter circuit) Litar pengecasan (charging circuit) Litar cahaya (lightning circuit) Litar alat-tambah (accessories circuit) A. Litar penyalaan Terdapat dua jenis iaitu:(i) Penyalaan bateri Merupakan sistem penyalaan di mana bateri digunakan di dalam proses menerbitkan arus voltan tinggi bagi menghasilkan bungaapi pada palam pencucuh untuk menyalakan campuran bahanapi. Komponen: a) Bateri b)Suis c) Gelung (coil) d)Alat sesentuh (contact breaker) e) Kondenser f) Sesondol (cown) g)Pengagih (cam) h)Palam pencucuh (spark plug) (ii) Penyalaan magneto Merupakan sistem penyalaan di mana unit magneto dipergunakan di dalam proses menerbitkan arus voltan tinggi bagi menghasilkan bungaapi pada palam pencucuh untuk menyalakan campuran bahanapi. Komponen: (i) Rangka dasar bahan bukan-magnet (ii) Magnet kekal (permanent steel magnet) (iii) Teras besi lembut (soft iron core) (iv) Lilitan-lilitan utama dan kedua (v) Alat sesentuh (vi) Kondensor (vii) Impulse coupling (untuk membolehkan magneto menghasilkan arus yang mencukupi pada permulaan pusingan) Dua jenis alat mekanikal diguna untuk mengeluarkan arus elektrik iaitu: 1. 2. Janakuasa elektrik (electric generator) Medan-medan magnet dihasilkan oleh elektromagnet. Magneto Medan-medan magnet dihasilkan oleh magnet kekal

B.

Litar Pengecasan Berfungsi mengecas semula bateri oleh janakuasa (generator) bagi membolehkannya menyimpan tenaga elektrik di dalam bentuk tenaga kimia.

29

Komponen: i) Bateri

ii) Janakuasa Membekalkan keperluan tenaga elektrik kepada sistem elektrik serta mengecas semula bateri. Jenis-jenis janakuasa: 1. Dinamo Menghasilkan karan jenis terus (direct current, DC) 2. Alternator Menghasilkan karan jenis ulang-alik (alternate current, AC), memerlukan `rectifier untuk menukar karan dari AC kepada DC.

iii) Alat Atur (Regulator) - Arus elektrik yang diterbitkan oleh janakuasa adalah berubah-ubah mengikut kadar kelajuan rpm enjin. Ini menyebabkan pengaliran arus elektrik ke bateri yang tidak seimbang semasa proses mengecas dan boleh menyebabkan kerosakan kepada bateri dan janakuasa itu sendiri akibat dari penerbitan arus elektrik pada kadar yang tidak terkawal. Bagi mengelakkan kejadian kerosakan yang tidak diingini serta mengawal proses pengecasan, maka sistem pengecasan dilengkapi oleh alatatur yang terdiri daripada 3 jenis alat kawalan seperti berikut:1. Pepotong (cut-out relay) Setiap litar pengecasan bateri-janakuasa adalah dilengkapi dengan sebuah unit pepotong yang befungsi menyambung atau memutuskan litar tersebut secara automatik. Bagi mencapai matlamat tersebut, maka unit pepotong bertindak mengikut 2 kaedah yang berikut:(a) Akan menyambung litar secara automatik apabila nilaian voltan yang dihasilkan oleh janakuasa melebihi nilaian voltan yang diperlukan oleh bateri (12 15.5 v) bagi membolehkan proses pengecasan. Akan memutuskan litar secara automatik apabila janakuasa berhenti beroperasi ataupun apabila nilaian voltan yang dihasilkan oleh janakuasa adalah lebih rendah daripada nilaian voltan bateri. Ini adalah bagi mengelakkan kejadian pengaliran keluar tenaga elektrik (current drain-out) daripada bateri.

(b)

Komponen: (a) Teras besi lembut (soft iron core) (b) Lilitan voltan (voltan winding) dan lilitan arus (current winding) (c) Titik sesentuh

2.

Alat-atur voltan (voltage regulator) Alat-atur voltan berfungsi mengawal kadar penerbitan nilaian voltan oleh janakuasa secara automatik supaya stabil pada had yang telah ditetapkan (15.5) bagi mengelakkan kejadian pengecasan yang berlebihan ke atas bateri.

30

Fungsi utama: (a) Mengelakkan kejadian kerosakan kepada janakuasa akibat dari proses penerbitan arus elektrik yang berlebihan. (b) Mengawal pengaliran arus elektrik daripada janakuasa ke bateri semasa mengecas Komponen: (1) (2) (3) 3. Teras besi lembut Lilitan shunt dan series Titik sesentuh

Alatatur arus (current regulator) Berfungsi mengawal kadar penerbitan arus elektrik oleh janakuasa secara automatik pada had yang telah ditetapkan bagi mengelakkan kerosakan pada unit tersebut akibat kejadian kepanasan yang melampau (over heating) Komponen: (a) (b) (c) Teras besi lembut Lilitan series Titik sesentuh

C.

Litar penghidup Terdiri daripada satu set 2-4 buah gelung medan (field coils) dan disebarkan kedudukannya dipersekitaran bahagian dalam motor tersebut. Diperantaraan gelunggelung ini pula terdapat sebiah armature yang bebas berputar dan mengandungi satu siri gelung-gelung yang tiap satunya disambungkan ke segmen-segmen kuprum bertebat bagi menjadikan commutator. Komponen: (a) Suis penghidup (light-duty switch) Bagi membolehkan arus elektrik yang banyak daripada bateri ke motor penghidup melalui suis solenoid, ia ditempatkan berhampiran dengan tempat duduk pemandu. Sambungan elektrik dari bateri ke suis penghidup dan dari suis penghidup ke suis solenoid adalah jenis yang ringan dan halus kerana jumlah arus elektrik yang dialirkan adalah rendah. (b) Suis solenoid (heavy-duty switch) Menyambung arus karan yang banyak dari bateri ke motor penghidup. Sambungan letrik daripada bateri ke suis solenoid dan daripada suis solenoid ke motor penghidup adalah terdiri daripada jenis yang berat dan tebal serta berikat kejap bagi menyempurnakan lagi pengaliran satu jumlah karan yang tinggi.

(c)

Motor penghidup (starter motor)

Berfungsi memutar enjin sehingga ianya berupaya bergerak di atas kuasanya sendiri. Binaannya adalah menyamai seperti pada janakuasa kecuali dalam 2 perkara:(a) Mempunyai litar medan (field circuit) yang terdiri daripada lilitan siri (series winding)

31

(b) Kedua-dua lilitan medannya adalah terdiri daripada wayar tebal yang mempunyai rintangan rendah (low resistant) bagi membolehkan pengaliran ampiar elektrik yang tinggi. Prinsip asas yang dipergunakan di dalam operasi sebuah motor penghidup ialah melalui pergerakan dan tindakbalas magnet iaitu apabila dua kutub magnet diketemukan di antara satu dengan lain, maka 2 kemungkinan akan berlaku:(a) Dua kutub yang sama (utara dan utara) akan menolak satu dengan yang lain. (b) Dua kutub yang berbeza (utara dan selatan) akan menarik di antara satu dengan lain.

32

You might also like