You are on page 1of 17

INSTITUT PENDIDIKAN GURU (IPG) KAMPUS PULAU PINANG

LAPORAN AMALI
Menyiasat penyulingan berperingkat petroleum
NAMA : LEONG CHEANG YENG

NO. METRIK : PPG-SCE A/ 012/ 06 / 11 NO KAD PENGENALAN : 820725-07-5266 NAMA : ANG PEI KHIM

NO. METRIK : PPG-SCE A/ 002/ 06 / 11 NO KAD PENGENALAN : 790922-07-5586 KUMPULAN KURSUS DAN KOD PENYELARAS TARIKH HANTAR
Tajuk: PRAKTIKAL 3: ALKOHOL, ETER DAN AMINA Tujuan: 1

: PPG SCE A : MENEROKA BAHAN (SCE 3103) : PN. YEW LEE HEANG : 10 MARCH 2012

Untuk menyediakan sampel etanol dan menyiasat sifat-sifat kimia etanol Bahan-bahan/ alat radas: Glukosa, kentang masak, nenas hancur (mashed pineapple), beras, ubi kayu, pisang hancur, yis, air kapur, air suling, air pili, larutan kalium manganat(VII) berasid, asid sulfurik pekat, kertas turas, kelalang kon, bikar, silinder penyukat, kelalang penyuling, salur penghantar dengan penutup, termometer, kondenser Liebig, kolum penyulingan berperingkat, kaki retort dengan penyepit, tungku kaki tiga, kasa dawai, penunu Bunsen, salur getah, corong turas, tabung didih, kertas litmus biru, piring penyejat, pemegang tabung uji, penitis. Hipotesis Etanol dihasilkan melalui penapaian karbohidrat oleh yis. Pembolehubah Dimanipulasikan Bergerak balas Dimalarkan : Jenis karbohidrat : Penghasilan etanol : Kehadiran yis

Prosedur: A. Untuk menyediakan sampel etanol

1. Kira-kira 20 g glukosa dilarutkan dengan 150 cm3 air suling dalam sebuah kelalang kon bersih. 2. Lebih kurang 10g yis ditambahkan kepada campuran tersebut dan digoncang dengan baik. 3. Kelalang kon ditutup dengan penutup yang dihubungkan ke salur penghantar. Penghujung salur penghantar dicelupkan ke dalam air kapur dalam tabung didih seperti yang ditunjukkan pada Rajah 1(a). 4. Radas itu kemudian diletakkan di tempat hangat (35 C) selama 4-5 hari. 5. Perubahan yang berlaku dari masa ke semasa diperhatikan. 6. Selepas 4-5 hari, kandungan dalam kelalang kon dituraskan dan hasil turasan dituangkan ke dalam kelalang penyulingan. 7. Radas untuk proses penyulingan seperti yang ditunjukkan pada Rajah1(b) disediakan. 8. Hasil turasan dipanaskan dalam kukusan air dan etanol yang mendidih pada 78-80C dikumpulkan. 9. Warna dan bau hasil penyulingan yang dikumpul diperhatikan. 10. Langkah 1 hingga 9 diulangi dengan menggunakan kentang masak, nanas hancur, beras, ubi kayu atau pisang hancur untuk menggantikan glukosa.

Rajah 1(a): Penyediaan etanol Keputusan:

Rajah 1(b): Penyulingan etanol

1. Selepas beberapa hari, campuran penapaian yang jernih berubah menjadi keruh. 2. Air kapur menjadi keruh. 3. Hasil sulingan merupakan cecair yang tidak berwarna yang berbau tajam. Pemerhatian perubahan dalam tabung uji Perubahan dalam kelalang kon Perubahan dalam tabung uji Pemerhatian penyulingan berperingkat Warna hasil sulingan Bau hasil sulingan Tidak berwarna Berbau alkohol Gelombong gas keluar Air keruh menjadi jernih

Perbincangan: 1. Air kapur menjadi keruh. Ini menunjukkan bahawa gas karbon dioksida dihasilkan semasa penapaian . 4

2. Jika gas karbon dioksida dilalukan semakin lama ke dalam air kapur, larutan

jernih terbentuk. 3. Hasil sulingan merupakan etanol. 4. Oleh itu, penapaian glukosa menghasilkan etanol dan gas karbon dioksida. Penapaian glukosa dapat diwakili oleh persamaan kimia berikut : Zimase dari yis C 6H12O6 (ak) 30 oC
5. Etanol dipekatkan melalui proses penyulingan. Etanol dikumpulkan pada suhu

2C 2H 5OH (ak) + 2 CO2 (g)

kira-kira 78oC.

Etanol atau alkohol etil ialah sebatian kimia yang ditemui di dalam minuman berakohol atau arak. Selain digunakan di dalam arak, etanol juga digunakan sebagai bahan api bagi menggantikan gasolin. Etanol asli ialah cecair jernih yang mudah terbakar dengan titik didih pada 78.5 C dan titik beku pada - 114.5 C. Etanol digunakan sebagai bahan anti-beku dan mempunyai bau vodka. Ketumpatan etanol ialah 789 g/l, iaitu kurang 20% daripada ketumpatan air. Etanol mudah larut dalam air, dan merupakan pelarut yang baik untuk pewangi, cat, dan tinktur. Ini membolehkan perisa ditambah ke dalam etanol semasa proses pembiruan ( brewing ) Etanol boleh digunakan sebagai pembasmi kuman (70% hingga 85% etanol). Larutan tersebut boleh membunuh organisma dengan cara mengubah protein dan melarut lipid, dan menghalang kebanyakan bakteria, kulat, dan sesetengah virus. Namun, etanol 5

tidak berkesan terhadap spora bakteria. Disebabkan sifat ini, etanol boleh disimpan untuk tempoh masa yang sangat lama (sebagai minuman alkohol). Etanol merupakan asid lemah, lebih lemah daripada air dan membentuk ion etanoat ( C2 H5 O) Kesimpulan: Etanol dapat dihasilkan melalui penapaian kentang masak, nanas hancur, beras, ubi kayu, pisang hancur dan glukosa dengan kehadiran yis.

B. Untuk menyiasat sifat-sifat kimia etanol 6

B-1 Untuk menyiasat pembakaran etanol Prosedur: 1. 2. 3. Kira-kira 2 cm3 etanol tersedia dituangkan ke dalam piring penyejat. Etanol dinyalakan dengan kayu uji menyala. (Rajah 2). Kemudahan pembakaran etanol diperhatikan.

Rajah 2: Pembakaran etanol

Pemerhatian:(Jadual)
Ciri pembakaran Kebolehbakaran Warna nyala Kejelagaan Pemerhatian Mudah terbakar Biru Tiada

Perbincangan: 1. Etanol mudah terbakar dalam udara untuk memberikan nyala biru tanpa jelaga. 7

2. Pembakaran lengkap etanol menghasilkan gas karbon dioksida dan air. C 2H5OH (ce) + 3O 2 (g) 2CO2 (g) + 3H2 O (ce) 3. Oleh kerana pembakaran etanol menghasilkan banyak tenaga haba, etanol merupakan satu bahan api yang baik.

Kesimpulan: 1. Etanol merupakan satu bahan api yang baik. 2. Pembakaran etanol memberi nyala air biru tanpa jelaga.

B-2 Untuk menyiasat pengoksidaan etanol

1. Kira-kira 10 cm3 larutan kalium manganat(VII) berasid dituangkan ke dalam sebuah tabung didih. 2. Kira-kira 10 titis asid sulfurik pekat ditambahkan ke dalam tabung didih tersebut. 3. Kira-kira 3 cm3 etanol ditambahkan ke dalam campuran tersebut. 4. Radas seperti dalam Rajah 3 disediakan. 5. Campuran dipanaskan dalam kukusan air dengan api sederhana sehingga campuran tersebut mendidih. 6. Bau produk terhasil diperhatikan.

Rajah 3: Pengoksidaan etanol

Pemerhatian:

1. Campuran di dalam tabung didih berubah daripada warna ungu menjadi tidak berwarna.
Ciri hasil sulingan Rupa bentuk Warna Bau Pemerhatian Cecair Tidak berwarna Masam , sengit dan tajam seperti cuka

Perbincangan: 1. Larutan kalium manganat(VII) berasid merupakan satu agen pengoksidaan yang baik. 2. Larutan kalium manganat(VII) berasid mengoksidakan etanol menjadi asid etanoik. 3. Asid etanoik (hasil sulingan) merupakan cecair tidak berwarna yang berbau masam. 4. Warna ungu larutan kalium manganat(VII) berasid akan dilunturkan. Ini adalah kerana etanol menurunkan ion manganat (VII) kepada ion manganat (II). MnO4 (ak) Mn (ak)

Kesimpulan: Etanol dioksidakan oleh larutan kalium manganat(VII) berasid kepada asid etanoik ( cuka) .

Langkah berjaga-jaga:
1. Pastikan kipas di dalam makmal ditutup semasa eksperimen dijalankan.

10

2. Pastikan semua tingkap dan pintu dibuka semasa eksperimen dijalankan. 3. Pastikan rambut diikat dengan kemas semasa eksperimen dijalankan.

4. Pastikan setiap pemasangan radas adalah ketat dan tidak akan tertanggal semasa melakukan eksperimen
5. Pastikan aliran air dalam kondenser Leibig dialirkan terlebih dahulu sebelum

Penunu Bunsen dinyalakan. Apa yang oleh dibuat untuk memperbaikikannya: 1. Kisarkan pisang dengan halus 2. Gunakan kertas turas yang berkualiti baik semasa penurasan. 3. Gunakan kain putih untuk perah pisang,nanas,beras kentang masak dan ui kayu supaya hasi turasan yang dapat lebih banyak. Soalan: 1. Namakan enzim yang terdapat di dalam yis yang dapat menguraikan glukosa kepada etanol. Zimase

2. Tuliskan persamaan yang mewakili penguraian glukosa kepada etanol. Zimase dari yis C 6H12O6 (ak) 30 oC 2C 2H 5OH (ak) + 2CO2 (g)

3. Terangkan kegunaan penyulingan berperingkat dalam eksperimen ini. Penyulingan berperingkat digunakan untuk menyuling etanol. Setelah satu minggu proses penapaian, hasil turasan yang diperoleh dimasukkan ke dalam radas penyulingan. Kelalalng penyulingan dipanaskan sehinnga campuran mendidih. Etanol yang disulingkan keluar pada julat suhu 11

78-80 oC.

4. Tuliskan satu persamaan seimbang untuk mewakili pembakaran etanol.

CH 3CH 2OH (ce) +3O 2 (g)

2CO 2(g) + 3H 2O(ce)

5. Apakah fungsi larutan kalium manganat(VII) berasid dalam eksperimen ini? Larutan kalium manganat(VII) berasid merupakan satu agen pengoksidaan yang baik. Ia akan mengoksidakan etanol menjadi asid etanoik.
6. Tuliskan persamaan seimbang untuk mewakili pengoksidaan etanol.

CH 3CH 2OH(ce) + 2 ( O )

CH 3COOH (ce) +

H2O

(ce)

7. Ramalkan pemerhatian yang mungkin diperhatikan sekiranya radas dalam Gambarajah 1 dibiarkan lebih daripada seminggu. Terangkan jawapan anda. Sekiranya radas dalam Gambarajah 1 dibiarkan lebih daripada seminggu, gas karbon dioksida dilalukan semakin lama ke dalam air kapur, larutan jernih terbentuk. CO 2 (g) + CaCO 3 (p) + H2 O (ce) Ca ( HCO 3 ) 2(ak)

8. Bolehkah etanol digunakan sebagai bahan bakar kenderaan. Ya, boleh. Bahan bakar etanol luas digunakan di negara Brazil dan Amerika dengan kos yang sangat mahal.

12

RUJUKAN
Hong, E. N. (1992). KBSM Kimia tingkatan 5. Ponyian: Mustamam Entreprise. Looker, D. (2011, Ogos 23). Retrieved Ogos 24, 2011, from http://www.agriculture.com/news/policy/ethol-expects-or-tough-year_4-ar18636. Manayyiti, O. (2011, Ogos 23). Retrieved Ogos 24, 2011, from http://www.newsday.co.zw/article/2011-08-23-govt-team-tours-chisumbanje-ethanolproject. wikipedia. (2011, Ogos 22). Retrieved Ogos 24, 2011, from http://en.wikipedia.org/wiki/Ethanol_fuel. Wikipedia. (2011, Ogos 17). Retrieved Ogos 24, 2011, from http://ms.wikipedia.org/wiki/Etanol.

13

BIBIOGRAFI

14

BAHAN BACAAN

15

BORANG KOLABORASI

16

17

You might also like