You are on page 1of 17

1.

0 Pengenalan Bidang seni kreatif merupakan satu bidang yang luas kerana bidang ini melingkungi pelbagai jenis seni kreatif seperti seni lukis, kraftangan, drama, muzik dan tarian. Terutamanya di negara Malaysia, bidang seni kreatif boleh dikatakan satu warisan dan keistimewaan kerana berbagai kaum dan mempunyai seni kreatif masing-masing berdasarkan adat istiadat dan ciriciri budaya yang terdapat dalam kaum masing-masing. Bidang ini telah dititikberatkan oleh kerajaan Malaysia kerana ia memainkan satu peranan yang penting dalam pelbagai bidang yang lain seperti pelancongan, perniagaan, industri kecil sederhana dan pendidikan. Dalam bidang pendidikan, kreativiti seseorang pendidik untuk menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran sebagai satu aktiviti yang menarik merupakan satu perkara yang amat penting. Menurut Pfeiffer, kreativiti boleh didefinisikan sebagai kebolehna mencipta produk kreatif yang baru, asli dan unik yang menunjukkan tahap kejayaan yang tinggi dalam bidang yang berkaitan. Ahli psikologi yang paling banyak memberi sumbangan terhadap bidang kreativiti ialah Ellis Paul Torrance. Kini, sistem pendidikan di Malaysia sedang mengalami perubahan yang pesat semenjak kemunculan sekolah bestari di Malaysia. Kaedah pengajaran dan pembelajaran berdasarkan teknologi ICT telah dijadikan satu bahan keperluan yang terpenting dan menjadi semakin giat di kalangan pendidik muda. Perkembangan dalam teknologi multimedia pula memudahkan para pendidik untuk menyampaikan sesuatu topik pelajaran dengan mudah. Namum begitu, perkara ini telah menyebabkan kemerosotan dari segi budaya dan warisan dalam negara kita dan menjadikan para pendidik lebih bergantung dengan kemudahankemudahan yang disediakan. Akibatnya, para pendidik akan menghadapi masalah sekiranya kemudahan yang tersedia dalam sesebuah sekolah tersebut adalah tidak lengkap dan budaya dalam negara kita tidak akan diwarisi oleh generasi muda. Pengajaran merupakan satu cara atau usaha untuk mempertingkat dan

memperkembangkan potensi diri dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani individu serta berupaya menambah kemahiran, kebolehan, pengetahuan dan pengalaman murid supaya dapat memberi kegembiraan, faedah dan kemajuan dalam kehidupannya. Proses ini akan membantu dan mendorong pelajar bertindak dengan cara yang sihat bagi faedah diri dan masyarakat, bangsa dan negeranya. Tambahan pula, pelajar juga harus diajar dengan pelbagai budaya dalam negara kerana budaya ini melambangkan ciri-ciri keistimewaan dalam sesebuah negara, maka, kita harus memastikan budaya ini boleh diwarisi secara turun-

temurun dan tidak akan pupus pada masa depan. Oleh yang demikian, perkara ini harus dititikberat pada peringkat sekolah rendah. Bagi mencapai hasrat ini, para guru di sekolah telah memainkan peranan yang penting. Seseorang guru tidak harus terlalu bergantung kepada kemudahan dan kecanggihan teknologi yang ada pada masa kini. Selain dari itu, guru juga haruslah berfikir dan bertindak secara kreatif untuk mengubah strategi dan teknik mengajar untuk menjadikan pengajarannya lebih menarik, bermakna dan membawa kesan maksimum. Salah satu teknik yang mampu mencapai ciri tersebut adalah melalui pelaksanaan teknik drama dalam amalan pengajaran dan pembelajaran.

2.0 Seni Drama dalam Pendidikan 2.1 Kepentingan seni drama dalam pendidikan Seni telah memainkan peranan yang penting dalam pendidikan ke arah perkembangan kanak-kanak melalui peningkatan daya persepsi, estetika dan kreativiti pada seseorang pelajar tersebut. Matlamat aplikasi ilmu seni dalam pendidik ialah untuk melahirkan individu yang berbudaya dan mempunyai jati diri yang tinggi. Dalam pendidikan zaman kini, seni terdiri daripada tiga jenis utama, iaitu seni visual, seni muzik dan seni pergerakan. Semua seni ini akan membantu dalam pembentukan insan yang lebih bersifat holistik dan menyeluruh. Selain dari itu, seni drama dalam pendidikan akan menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran di sekolah lebih menyeronokkan, hal ini demikian kerana seni dalam pendidikan dalam sesuatu mata pelajaran akan membolehkan pelajar untuk mengekspressikan sesuatu idea secara bebas dan kreatif serta membolehkan mereka untuk lebih memahami kebolehan yang terdapat dalam diri sendiri. Sebagai contoh, sekiranya pelajar diberikan satu watak dalam perlakonan, maka pelajar akan memikirkan cara yang paling menarik untuk melakon watak tersebut dengan penuh kreativiti tanpa nasihat dari orang lain. ini telah menunjukkan bahawa cara pelajar untuk mengeksplotasikan perwatakan watak tersebut dengan cara tersendiri. Tambahan pula, seni drama dalam pendidikan juga akan membantu pelajar dalam perkembangan intelek terutamanya dari aspek menyelesaikan masalah. Sebagai contoh, apabila dalam proses penyediaan sesuatu drama, pelajar akan memikirkan cara yang terbaik untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi seperti cara lakonan yang berkesan dan bersepadu dengan perwatakan pada watak tersebut. Dari sudut guru, seni drama dalam pendidikan memotivasikan para guru untuk menjadi seorang guru yang kreatif, inovatif, peka, mempunyai personalitiyang seimbang, berketrampilan dan professional. Hal ini demikian kerana guru akan berusahan untuk menerokai dan mencari cara dan idea yang paling berkesan dan kreatif untuk mengaplikasikan bidang ilmu seni drama dalam pendidikan. Selain dari itu, guru juga dapat membantu pelajar dalam perkembangan insan secara seimbang dan menyeluruh serta mencapai matlamat seni dalam pendidikan sekiranya mengaplikasikan ilmu seni dalam bidang pendidikan. Dalam seni dalam pendidikan sekolah rendah, matlamat yang diperjuangkan adalah untuk membentik keperibadian

genarasi Malaysia yang celik budaya, mempunyai nilai-nilai estetika yang tinggi, imaginative, kritis, kreatif, inovatif dan inventif. Kandungan kurikulum berupaya membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

2.2 Teori-teori yang bersepadu dengan bidang seni dalam pendidikan Menurut Sharifah Maimunah (2001), pembelajaran konstruktivisme bertitik tolak daripada teori Behaviorisme yang didokong oleh B.F Skinner yang mementingkan perubahan tingkah laku ke atas pelajar seperti yang ditunjukkan di rajah 1.

Rajah 1: Ciri-ciri Pembelajaran Secara Konstruktivisme

Apabila seseorang pelajar mengalami perubahan tingkah laku seperti daripada tidak tahu sesuatu perkara kepada tahu, maka sesuatu pembelajaran dianggap berlaku. Secara amnya, teori konstruktivisme membawa definisi bahawa kanak-kanak tidak beroleh pengetahuan secara pasif tetapi mereka membina pengetahuan secara aktif. Cara pembelajaran begini digalakan dijalankan dalam keadaan yang selamat dan kondusif di mana pembelajaran pelajar boleh dicapai melalui aktiviti meneroka, bereksperimen dan mengolah objek atau bahan. Oleh yang demikian, seni dalam pendidikan boleh dijadikan sebagai wadah untuk membolehkan pelajar

mengekspresikan idea secara bebas dan kreatif.

Rajah 2: Teori Kecerdasan Pelbagai Selain dari itu, Howard Gardner (1983) dalam Teori Kecerdasan Pelbagai juga mengesyorkan bahawa terdapat sekurang-kurangnya tujuh jenis kecerdasan yang seharusnya disuburkan di kalangan murid melalui pengenalan pelbagai mata pelajaran di sekolah. Walau bagaimanapun, kebanyakan sekolah hanya memberikan penumpuan terhadap kecerdasan linguistik dan matematik logic sahaja seterusnya menyebabkan kecerdasan lain akan hilang. Teori ini menyokong kesepaduan subjek yang digabungkan seperti dalam mata pelajaran seni dalam pendidikan seperti nyayian, lakonan, kraftangan dan lain-lain. Penggabungan ini mampu menangani masalah penyuburan kecerdasan minda minda kanak-kanak dan dapat menjana kecerdasan minda murid dengan lebih menyeluruh, terutamanya apabila strategi pembelajaran dan pengajaran yang dirancangkan dapat dilaksanakan dengan lancar dan berkesan.

Tambahan pula, Howard Gardner (1983) pula berpendapat bahawa sekiranya hanya satu pendekatan digunakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran, hanya beberapa pelajar sahaja yang akan menerima bahan yang disampaikan. Hal ini demikian kerana setiap pelajar mempunyai kebolehan menaakul dan menanggap dalam keadaan yang berbeza. Pendekatan yang berintegrasi terhadap pelbagai jenis kecerdasan memudahkan penerimaan pemikiran murid kepada yang lebih kreatif. Di samping itu, Einstein, pakar saintis yang terkenal mencadangkan agar bidang sains yang bermatlamatkan untuk memahami deria manusia dimantapkan untuk pendidikan kanak-kanak. Gabungan ini dari pelbagai kecerdasan perlu diamalkan seperti kecerdasan muzik,intuitif, personal, intrapersonal, praktik, estetika, holistik, analitik, emosional, fizikan dan intelektual. Manakala Leonardo da Vinci pula berpendapatan bahawa penggabungan antara ilmu seni, anatomi, jurutera, dan sains akan membentuk keunggulan diri dalam kehidupan. Pada pendapat Gardner (1999), kreativiti kanak-kanak boleh dipertingkatkan melalui pendedahan awal kepada individu lain yang selesa mengambil risiko dan tidak mudah menyerah diri. Selain dari itu, ia juga memberi peluang kepada pelajar untuk mencapai kecemerlangan dalam sekurang-kurangnya satu ativiti atau bidang yang diceburi. Beliau juga berpendapat bahawa kreativiti juga dapat membentuk hubungan rakan sebaya yang rela diuji dan berani menerima kegagalan. Dari segi kekeluargaan, kreativiti juga menyediakan persekitaran keluarga yang menggalakkan atau mewujudkan hubungan toleransi terhadap sifat kanak-kanak yang gemar mencabar autoriti. Kesemuaan pendapat yang dicirikan oleh beliau boleh dikatakan selaras dengan aktiviti drama kerana drama meliputi semua aktiviti yang boleh membantu pelajar dalam perkembangan kreativiti seperti kecemerlangan dalam sesuatu bidang atau aktiviti, hubungan antara rakan sebaya dan suka mencabar autoriti.

Rajah 3: Jenis-jenis Peniruan Kanak-kanak Salah satu teori yang boleh dikaitkan dengan seni drama dalam pendidikan ialah teori pembelajaran sosial yang dikemukakan oleh Albert Bandura seperti yang ditunjukkan pada rajah 2. Pada pendapat beliau, elemen sosial akan terbabit kerana pembelajaran akan diperolehi dengan berdasarkan kepada melihat, meniru dan memerhatikan tingkahlaku orang lain. Teori ini juga mempunyai nama sampingan yang bernama teori pemerhatian atau teori peniruan. Mengikut pendapat beliau, aspek yang penting dalam teori ini ialah pemerhatian gerak balas yang ditonjolkan oleh orang lain. Beliau juga menegaskan bahawa seseorang individu akan meniru sesuatu tingkah laku jika dia memperolehi kepuasan dan peneguhan yang tinggi. Teori ini juga boleh dikatakan amat sesuai dengan konsep seni drama dalam pendidikan kerana drama merupakan satu kaedah yang menunjukkan peniruan terhadap sesuatu watak. Dalam suatu watak tersebut, pelajar akan meniru tingkah laku watak tersebut dan menonjolkan kepada orang lain. Dalam kes ini, pelakon dan penonton akan mempelajari dan meniru perbuatan yang betul yang dibawakan oleh lakonan tersebut.

2.3 Hubungan antara Kanak-kanak dan Seni Untuk membantu perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak dalam setiap peringkat, aktiviti seni dapat direka mengikut keperluan semasa. Apabila kanak-kanak diberi peluang untuk bekerja dengan berbagai bahan, cara dan teknik kanak-kanak dapat meneroka secara kreatif dengan variasi yang tidak terhad dan tidak terkongkong. Untuk mendekati keperluan dan naluri ingin tahu kanak-kanak, aktiviti seni juga mudah untuk direka bentuk. Seperti yang kita tahu, kanak-kanak melihat sesuatu perkara dengan cara tersendiri. Kanak-kanak suka menyentuh, mengguling, menguli, meramas, menggosok, mendengar, mengesan bunyi, menghidu, dan meniru aksi untuk mengenal sesuatu. Di samping itu, sikap pelajar yang suka bermain juga merupakan satu aspek yang penting bagi kanak-kanak. Hal ini demikian kerana kanak-kanak dapat memperkembangkan jasmani, emosi, rohani, intelek dan aspek sosialnya secara tidak langsung apabila mereka bermain. Berlandaskan semua aspek dan ciri kanakkanak, aktiviti seni juga boleh dikatakan mudah untuk dilaksanakan ketika bermain dan boleh dikaitkan dengan sesuatu yang digemari dan diminati oleh kebanyakan kanak-kanak.

2.4 Tujuan Pelaksanaan Seni Drama dalam Pendidikan Lakonan dan drama kreatif merupakan alat atau teknik yang penting dalam pengajaran dan pembelajaran. Lakonan dan main perananialak permainan di mana kanak-kanak bermain sebagai ibu, bapa, kakak, abang, adik, doktor, polis, pelakon dan pelbagai watak dalam sesuatu peristiwa yang sesuai. Dalam drama, kanak-kanak perlu bertutur dan melakon watak-watak berkenaan dalam satu situasi atau setting. Pelaksanaan teknik ini bertujuan untuk mengekalkan perhatian dan tumpuan, menarik minat kanak-kanak serta untuk membangkitkan rasa ingin tahu kanak-kanak terhadap sesuatu perkara. Guru di sekolah sentiasa mengaplikasikan teknik ini dalam kaedah komunikatif dan kaedah yang berasaskan pendekatan induktif iaitu kaedah terus, elektif dan audiolingual. Aplikasi teknik lakonan dan drama kreatif bertujuan untuk

memperkembangkan unsur bahasa, unsur parakinguisti dan bukan linguistik dengan berkesan dalam sesuatu interaksi bahasa atau perubatan. Pendekatan dan aktiviti ini

mampu mendorong kanak-kanak untuk menghubungkan perasaan mereka dengan komponen yang dipelajari. Tambahan pula, kanak-kanak juga bebas untuk meluahkan emosi, membuat penemuan, memberi dan berkongsi sesuatu. 2.5 Permainan sosial dan drama kreatif Permainan sosiol dan drama kreatif merupakan salah satu bahagian dalam seni drama kreatif dalam pendidikan kanak-kanak. Seperti yang kita tahu, kanak-kanak dan permainan adalah saling berkaitan antara satu sama lain. Pada peringkat kanakkanak, main adalah satu cara yang paling asas untuk kanak-kanak belajar sesuatu dan mengenal dunia dan persekitarannya. Melalui permainan, kanak-kanak dapat menimbulkan perasaan gembira dan menggalakkan interaksi positif. Aktiviti bermain mampu menyatukan kanak-kanak yang mempunyai pengalaman dan bakat atau potensi yang pelbagai. Kewujudan sikap bermain di kalangan kanak-kanak adalah untuk

membolehkan mereka mempelajari peranan-peranan individu dewasa, menghilangkan rasa kekecewaan dan emosi serta untuk mengurangkan ketegangan dan menerima maklumat yang dapat membantu perkembangan. Main sosial ialah situasi di mana kanak-kanak bermain bersama dalam kumpulan atau lingkungan kawasan permainan secara sendirian atau berinteraksi dengan bahan. Selain dari itu, main sosial boleh dibahagi kepada enam jenis di kalangan kanak-kanak. Pada pendapat Parten (1932), main sosial terdiri daripada: 1. Main unoccupied iaitu kanak-kanak tidak bermain dengan sesiapapun dan juga sebarangan permainan. Mereka hanya berdiri atau duduk tanpa membuat sesuatu. 2. Main solitary (bersendirian) iaitu suatu permainan di mana kanak-kanak bermain berseorangan diri tanpa mempedulikan rakan sebaya dan sekelilingnya. 3. Main onlooker (pemerhatian) iaitu kanak-kanak memerhati dan melihat rakanrakan bermain. Mereka akan memberi tumpuan terhadap permainan kanak-kanak orang lain. 4. Main parallel iaitu kanak-kanak akan menggunakan cara dan alatan yang sama dengan rakan-rakan yang lain bermain dengan perseorangan.

5. Main associative iaitu dalam keadaan kanak-kanak hanya berinteraksi antara satu sama lain dengan tujuan meminjam peralatan atau bahan tetapi bukan bermain sama-sama. 6. Main cooperative iaitu semua kanak-kanak akan bergerak dalam satu kumpulan untuk bermain bersama dan permainan ini adalah hasil daripada organisasi guru. Dari segi drama kreatif, fasa yang diberikan adalah berbeza-beza bagi setiap program dan sekolah. Menurut Nessel (1989), drama kreatif adalah suatu aktiviti yang dapat dinikmati dan bersifat intelektual. Drama kreatifi adalah satu proses spontan yang bertujuan untuk menyampaikan mesej, emosi, atau cerita dengan menggunakan teknik-teknik drama. Selain dari itu, ia juga merupakan medium bagi kanak-kanak untuk meluahkan atau memperlihatkan diri mereka melalui pergerakan, bahasa badan, bahasa dan nonverbal. Tambahan pula, Susan (1981) pula mengatakan bahawa kaedah dan teknik drama kreatifi di bilik darjah bukan sahaja mengajar kanak-kanak tentang kemahiran bersosial, tetapi ia juga menitikberatkan sikap terhadap masyarakat sekelilingnya. Hal ini demikian kerana semua kemahiran ini adalah penting dalam proses pembentukna pertumbuhan dan perkembangan fizikal, mental dan emosi kanak-kanak dalam menghadapi masa depan. Ia juga menggalakkan kanak-kanak berimaginasi dan bertindak secara spontan melalui aksi mereka. Pelbagai bahan yang digunakan dalam drama kreatif akan merangsang imaginasi dan ekspresi diri mereka. Secara khususnya, drama kreatif boleh dibahagikan kepada empat kategori yang sama pentingnya iaitu: 1. Permainan dramatik 2. Drama berpandu 3. Boneka 4. Sosio drama Walaupun penggunaan drama sebagai alat pengajaran bukan merupakan satu teknik yang baru dalam pendidikan, namun begitu, ia masih amat bermakna dalam pendidikan dan indoktrinasi dalam pendidikan ( Mc Caslin, 1984). Drama kreatif adalah amat penting dalam pendidikan awal kanak-kanak kerana terdapat beberapa faktor yang penting, iaitu membolehkan kanak-kanak berlakon, beraksi, main peranan,

mereka cipta, berimaginasi serta bersifat fleksibel; dan memberi tumpuan dan meningkatkan keupayaan berbahasa dalam masa yang sama. Semasa menjalankan aktiviti drama kreatif, pelbagai kemahiran akan dipupuk pada kanak-kanak yang melibatkan diri dalam aktiviti ini seperti yang ditunjukkan pada rajah di bawah.

KEMAHIRAN DALAM DRAMA KREATIF

SEMASA MELAKUKAN AKTIVITI

SEMASA MEMERHATI AKTIVITI

KEBOLEHAN YANG BOLEH DIPUPUK: - KOLABORASI - KERJASAMA - PERSEFAHAMAN - TUMPUAN - KREATIVITI - FLEKSIBILITI - IMIMINASI - HUBUNGAN INTERPERSONAL - BAHASA DAN PERBENDAHARAAN KATA - PENYELESAIAN MASALAH - KEPUASAN

16 ASAS KEMAHIRAN YANG BERSIFAT AKADEMIK DAN TINGKAH LAKU: - MEMBACA AKHBAR DAN MELAPORKAN; - PENJELASAN NILAI; - EKSPLORASI ANTARA BUDAYA; - PERKEMBANGAN PERBENDAHARAAN KATA; - EKSPRESI DAN KESEDARAN DIRI; - BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF; - PENTINGNYA KERJASAMA; - MENDISIPLINKAN DIRI; - MEMBUAT INFRENS DAN MEMERHATI IMPLIKASI; - MENGIKUT ARAHAN; - MEMBUAT KEPUTUSAN; - PENTINGNYA KOMITMEN DAN PENERIMAAN TANGGUNGJAWAB; - MEMBINA RASA KEMASYARAKATAN; - MELIBATKAN PENGGUNAAN ARTIKEL YANG BERKESAN; - MENDENGAR; DAN - MEMBINA KONSEP

Rajah: kemahiran-kemahiran yang boleh dipupuk semasa melakukan dan memerhatikan drama kreatif

Pada pendapat Azman Wan Chick (1981), drama merupakan satu aktiviti yang memberikan peluang kepada murid-murid belajar secar bermain dan konsep bermain sambil belajar ini dapat menggalakkan murid cenderung untuk belajar kerana pembelajaran menjadi menarik dan penuh bererti. Drama kreatif adalah amat bermakna bagi kanak-kanak. Hal ini demikian kerana kanak-kanak akan menumpu perhatian semasa mereka bermain. Kanak-kanak akan berpuas hati dan yakin pada diri apabila dapat melakukan dan mencapai kemahiran merusi daya usaha sendiri. Oleh yang demikian, guru haruslah memupuk nilai-nilai sosial yang sesuai dengan umur dan peringkat kefahaman yang pelbagai semasa melaksanakan drama kreatif supaya kanak-kanak dapat berinteraksi dan bersosial dengan orang lain.

3.0 Seni Drama di Malaysia 3.1 Kepentingan Seni di Malaysia 3.1.1 Mewujudkan satu identiti kebangsaan Seni merupakan wadah pembentukan budaya nasional dalam sesebuah negara manakala sastera pula berperanan untuk menyalurkan fikiran dan idea bangsa budaya. Dalam negara kita, pelbagai karya dan sastera tempat telah melambangkan ciri-ciri budaya yang terdapat dalam negara kita. Hal ini demikian kerana negara kita terdiri daripada berbilang kaum iaitu kaum Melayu, Cina, India, dan lain-lain dan mempunyai pelbagai budaya yang istimewa. Untuk mewujudkan dan mengekalkan identiti tersebut, kita haruslah menjaga seni budaya kita agar tidak akan terpupus pada masa depan.

3.1.2 Memajukan sektor Pelancongan di Malaysia Produk kebudayaan di Malaysia adalah dalam kuantiti yang banyak dan tidak dapat dihitung. Semua produk ini dapat dijadikan produk pelancongan untuk menarik dan memajukan sektor pelancongan di Malaysia. Pelbagai tempat yang berasaskan budaya telah dijadikan tarikan pelancong di Malaysia dan menarik pelancong dari luar negara untuk menikmati kebudayaan yang terdapat di negara Malaysia. Walaupun warisan ini pernah

mengalami kemerosotan pada satu ketika, tetapi kerajaan telah berusaha untuk memajukannya sebagai satu tarikan pelancongan. Contohnya, Sarawak Culture Village di Kuching, Sarawak. Menurut sumber dari Sarawak Culture Village, setiap hari mereka akan menyediakan sesi menari dan drama yang melingkungi pelbagai kaum di Malaysia. Tujuannya ada untuk menarik tarikan pelancong dan memperkenalkan budaya yang terdapat pada pelbagai kaum di Malaysia. Ini telah membuktikan bahawa budaya seni di Malaysia telah dijadikan satu bidang yang penting untuk memajukan ekonomi negara.

3.1.3 Memajukan pendidikan kreatif di Sekolah Budaya harus didedahkan kepada kanak-kanak sejak mereka pada peringkat sekolah rendah. Hal ini demikian kerana seni drama juga membantu dalam pelajaran dan pembelajaran pada hari ini. Menurut Zakaria Hassan (2011), modul pendidikan di sekolah harus diseragamkan agar pendidikan kreatif diberikan penekanan yang sama rata dengan pendidikan akademik. Selama ini, pendidikan kreatif boleh dikatakan meliputi bidang yang luas. Namun begitu, seni budaya telah banyak dikaitkan dengan pendidikan kreatif di sekolah.

3.1.4 Memupuk nilai murni dan semangat kerjasama Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan telah

memainkan peranan yang penting untuk memperkenalkan kebudayaan seni di negara kita. Pelbagai program telah diperkenalkan untuk memajukan seni di dalam negara kita. Salah satu program yang diperkenalkan ialah Program Merakyatkan Seni (2012). Menurut catatan dalam Portal Rasmi Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, program ini bertujuan untuk mendekatkan masyarakat umum, khususnya masyarakat luar bandar dengan kegiatan seni budaya. Selain dari itu, program ini juga bertujuan untuk meningkatkan semarak seni, dan disignifikan dalam memupuk nilai-nilai murni dan semangat kerjasama di kalangan masyarakat. Catatan ini telah menunjukkan bahawa kepentingan seni di negara kita bukan setakat sahaja untuk menjadikan satu imej tersendiri, tetapi juga meliputi pengajaran dan nilai murni yang boleh memupuk semangat kerjasama di kalangan masyarakat.

3.1.4 Kesinambungan Tamadun Budaya adalah amat penting untuk dikekalkan demi kesinambungan tamadun di negara kita. Melalui budaya traditional seperti seni drama, kita akan mengetahui asal usul kita. Di sebaliknya, kita juga akan sedar tentang kesulitan hidup nenek moyang kita dan dapat iktibar. Sebagai contoh, tarian Portugis mengingatkan kita tentang kedatangan Portugis. Dan pelbagai drama dan cerita yang mengisahkan tokoh-tokoh yang terkenal seperti Tunku Abdul Rahman, mitos dan dongeng yang menceritakan tentang kisah zaman kesultanan Melayu telah digarang dan dijadikan drama atau teater untuk membolehkan generasi muda dapat mengetahui semua peristiwa yang pernah berlaku dalam negara kita.

3.1.5 Perkembangan Budaya Traditional Kekayaan warisan budaya negara kita haruslah diperkenalkan kepada generasi muda untuk bertujuan mengembangkan budaya traditional. Hal ini demikian kerana rakyat harus lebih memahami budaya sendiri dan diikuti dan dilihat sepanjang masa. Kemasukan budaya asing yang mampu menggugat kedudukan tradisi dan identiti negara juga turut disekat pada zaman teknologi yang maju. Untuk menangani masalah tersebut, pelbagai cara telah diambil untuk menghidupkan warisan budaya yang ada dalam negara kita seperti kempen, ceramah, wawancara serta pameran. Selain dari itu, pihak kerajaan dan bukan kerajaan juga berusaha untuk mengembangkan budaya traditional dalam negara kita agar budaya ini dapat diwarisi dari generasi ke generasi sehingga ke masa depan.

3.1.6 Menjadi Akar Tunjang Jati diri Bangsa Menurut Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud (2010) berkata, usaha memelihara warisan seni dan budaya penting dengan penglibatan rakyat sendiri seiring peredaran zaman. Hal ini demikian kerana beliau rasa seni dan budaya khususnya seni lakon merupakan satu cara untuk rakyat bagi menemukan titik perbezaan adat resam, kepercayaan budaya danpendapat segenap lapisan kaum dan etnik dalam negara. Perkara ini adalah amat penting

untuk mengekalkan keamanan dan kesejahteraan dalam sesebuah negara hasil daripada semangat persefahaman yang kukuh, sikap toleransi dan saling menghormati. Oleh yang demikian, seni budaya haruslah diwarisi dan dijadikan akar tunjang bagi masyarakat untuk mengekalkan keamanan dan kesejahteraan negara.

3.2 Cara-cara untuk Memelihara dan Memulihara Seni di Malaysia 3.2.1 Melalui Pendidikan Untuk memastikan budaya dalam negara kita dapat dikekalkan dengan selamanya, kita boleh menggunakan cara pendidikan untuk memastikan ilmu tentang budaya ini disebar luas dan dikekalkan selama-lamanya. Dalam negara kita, terdapat beberapa perbadanan berfungsi untuk mendidik dan membuat kajian tentang cara pemelihara dan pemulihara bidang seni di Malaysia, iaitu Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA). Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) ditubuhkan pada tahun 1994 di bawah Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Malaysia (2011). ASWARA merupakan satu institusi pengajian tinggi dalam bidang persembahan yang didokongi sepenuhnya oleh kerajaan di bawah Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, kesenian dan Warisan National. Dalam institusi ini, banyak kemudahan disediakan seperti ruang pembelajaran, penyelidikan dan penerbitan akedemik serta khidmat nasihat professional dalam bidang seni dan buday dan warisan yang bertujuan untuk menghasilkan seniman yang mahir. Salah satu matlamat untuk ASWARA adalah untuk memupuk kebudayaan,pemuliharaan dan pentadbiran warisan pelbagai jenis budaya.

3.2.2 Menganjurkan pelbagai program kebudayaan Untuk memperkenalkan kepelbagai budaya dalam negara kita, kita boleh melaksanakan pelbagai program yang berkaitan. Dalam hasl ini, pihak yang berkenaan haruslah bertanggungjawab untuk merancang, menyelaras,

melaksana dan menyemarakkan aktiviti kebudayaan dan kesenian seluruh negara. Dalam negara kita, terdapat jabatan yang bertanggungjawab dalam merancang, menyelaras, dan menyemarakkan aktiviti ini ialah Jabatan kebudayaan dan Kesenian Negara (2012). Fungsi jabatan ini adalah merancangkan dan menyebarluas informasi seni budaya yang berautoritatif. Selain dari itu, mereka juga bertanggungjawab untuk menyediakan asuhan, bimbingan dan latihan dalam bidang seni dan budaya agar budaya ini dapat diwarisi secara turun-temurun dan tidak akan lenyap pada masa hadapan. Tambahan pula, jabatan ini juga melaksanakan aktiviti pemuliharaan, pengembangan kesenian yang melibatkan pelbagai kaum di negara Malaysia. Contoh program yang dijalankan untuk memulihara dan mengekalkan warisan budaya Malaysia ialai Program Merakyatkan Seni Budaya, Program Mendekati Rakyat, Program Rumah Terbuka, Kempen Budi Bahasa Budaya Kita, Pertandingan Permainan Traditional, Program Pembangunan Usahawan Kraf, Persembahan Teater, Anugerah Seni Negara, Pembudayaan Tulisan Jawi dan lain-lain.

3.2.3 Menyediakan kemudahan Seni dan Kebudayaan Untuk memajukan dan menjalankan aktiviti seni di Malaysia, pelbagai kemudahan adalah diperlukan. Di peringkat universiti, terdapat pusat kebudayaan yang bertanggungjawab untuk menyediakan kemudahan yang berkaitkan dengan kebudayaan dan kesenian. Contohnya seperti pusat Kebudayaan di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Tujuan penubuhan Pusat Kebudayaan ini adalah untuk mewujudkan seni kebudayaan berteraskan Dasar Kebudayaan Kebangsaan. Dalam Pusat Kebudayaan ini, terdapat dua unit yang menjalankan tugas yang berbeza iaitu unit perancangan dan pengurusan dan unit pengembangan seni. Unit perancangan dan pengurusan bertanggungjawab untuk

menyediakan kemudahan-kemudahan fizikal kepada para pelajar untuk memperkembangkan bakat mereka di dalam aktiviti kebudayaan dan kesenian. Cara ini merupakan satu cara yang baik untuk memajukan bidang kebudayaan dan kesenian dalam peringkat pengajian tinggi. Selain dari itu, kemudahan-

kemudahan seperti ruang latihan, tarian, muzik, vokal dan sebagainya telah disediakan. Kemudahan pinjaman peralatan atau kemudahan yang dibekalkan seperti pakaian, alatan kebudayaan, alatan muzik moden dan traditional, alatan video kamera, suntingan audio atau visual, sistem siaraya, alatan audio atau visual, dan khidmat nasihat pengurusan persembahan seni dan pengurusan majlis.

3.2.4 Bengkel

You might also like