You are on page 1of 18

Aktiviti 26/2/03 7:04 PM Page 41

BAHAGIAN

AKTIVITI-AKTIVITI DI LAPANGAN
Aktiviti 1: Membina Kumpulan (Ice Breaking)

OBJEKTIF
Untuk saling mengenali
antara satu sama lain

Memberi kesedaran
akan kepentingan konsep komunikasi dan hubungan antara satu dan yang lain Menggalakkan sikap kerjasama dan bekerja di dalam satu kumpulan kecil mahupun kumpulan besar

ktiviti ini merupakan salah satu aktiviti awal yang dilaksanakan untuk semua para pelajar yang terlibat dengan program berkenalan antara satu sama lain. Unsur alam sekitar boleh digunakan didalam aktiviti ini dan boleh dijadikan bahan interaksi di antara sesama pelajar.

Cara Perlaksanaan
Daya ingatan
1. Para pelajar diminta membuat satu bulatan besar. 2. Para pelajar akan diminta memperkenalkan diri masingmasing. Dengan menggunakan kaedah mudah dan pantas, mereka harus memperkenalkan nama, umur dan tempat asal. 3. Setelah memperkenalkan diri masing-masing, para pelajar tidak dibenarkan bercakap lagi. Melalui kaedah rambang, fasilitator akan menarik seorang demi seorang pelajar untuk memperkenalkan rakan disebelah kiri dan kanannya. Ini berterusan sehinggalah fasilitator berpuas hati dengan tahap ingatan pelajar rakan-rakan mereka.

41

Aktiviti 26/2/03 7:04 PM Page 42

Lampiran Aktiviti Aktiviti 1 Membina Kumpulan (Ice Breaking)

Meningkatkan
pengetahuan para pelajar mengenai pentingnya sesuatu haiwan hidup dalam satu kumpulan dan mengapa mereka berbuat demikian

Pengetahuan am mengenai haiwan


4. Aktiviti seterusnya, pelajar diberikan satu kad manila dan telah ditulis salah satu dari lima jenis haiwan. Para pelajar dikehendaki menutup mata dan berdiam diri ketika fasilitator mengedarkan kad itu. 5. Setelah kad diedarkan, para pelajar dikehendaki membaca kad dan mula bergerak tanpa bercakap dengan melaungkan bunyi haiwan. 6. Sebelum bergerak, mereka harus berfikir apakah motif mereka bersuara dan gaya yang akan dibuat. 7. Kemudian para pelajar akan bergerak ke dalam kumpulan masing-masing melalui aksi dan bunyi haiwan yang dibuat. 8. Setelah itu, berbentuklah lima kumpulan dan setiap kumpulan akan melantik ketua masing-masing.

Peralatan Wisel Kad Manilan Kain Penutup Mata

42

Aktiviti 26/2/03 7:04 PM Page 43

Lampiran Aktiviti AKtiviti 2 Pengembaraan Si Batu

Aktiviti 2: Pengembaraan Si Buta


OBJEKTIF
Memberi pendedahan
kepada pelajar berkenaan penggunaan deria yang lain selain dari deria penglihatan Menambah ilmu dan pengalaman para pelajar berkenaan dengan keunikan unsure-unsur yang terdapat dalam alam sekitar melalui kaedah yang berbeza Mewujudkan kerjasama dan sikap saling Bantu menbantu antara para pelajar dalam sesuatu kumpulan.

Aktiviti ini mencabar ketahanan fizikal dan mental para pelajar di kawasan hutan tanah tinggi. Kebiasaannya aktiviti ini akan melibatkan unsure-unsur alam sekitar seperti tanah, air, udara, pokok, akar dan lain-lain lagi. Aktiviti ini juga menguji tahap penggunaan deria pelajar. Pelajar akan menggunakan kesemua deria yang ada kecuali deria penglihatan mereka. Cara Perlaksanaannya: 1. Para pelajar dikehendaki berbaris dalam satu barisan panjang. 2. Para pelajar kemudian dikehendaki menanggalkan kasut masing-masing. 3. Selepas itu para pelajar dikehendaki menutup mata dengan rapat menggunakan kain penutup mata. Pelajar yang memakai cermin mata diminta menanggalkannya terlebih dahulu. 4. Fasilitator akan memberikan penerangan mengenai aktiviti yang akan dijalankan dan para pelajar dikehendaki berdiam diri pada masa ini. 5. Para pelajar akan mula bergerak daripada yang dihadapan dipandu oleh fasilitator ke arah tali yang telah diikat (tali diikat pada pokok, batu besar, akar dan sebagainya mengikut denai yang telah ditetapkan). Kemudiannya para pelajar akan bergerak mengikut tali. 6. Setelah tamat, para pelajar dikehendaki membuka mata dan dikumpulkan di satu tempat dan dikehendaki menulis apa yang telah dilalui menggunakan deria-deria selain dari penglihatan. 7. Para pelajar akan dibawa semula ke denai tersebut untuk memerhati dan mengimbas kembali pengalaman para pelajar sewaktu melalui denai tersebut dengan mata tertutup.

Peralatan Kain Penutup mata Tali besar Kertas kosong

43

Aktiviti 26/2/03 7:04 PM Page 44

Lampiran Aktiviti Aktiviti 3 Pencarian dan Penjelajahan alam semulajadi

Aktiviti 3: Pencarian dan Penjelajahan alam semulajadi


Aktiviti ini menggunakan konsep sukan orienteering dan digabungkan dengan environmental hunt. Kesedaran dan keprihatinan masyarakat masa kini terhadap alam semulajadi memberikan satu peluang yang baik untuk aktiviti ini berkembang. Kelebihan yang sedia ada pada aktiviti ini adalah ianya merangkumi penglibatan dan pengujian mental dan fizikal sesuatu kumpulan dan individu. Di samping itu, ia menguji semangat berpasukan serta komitmen yang perlu bagi sesiapa yang terlibat. Aktiviti ini membentuk motivasi dan kepimpinan para pelajar dan juga mendekatkan mereka kepada alam semulajadi berlandaskan soalan-soalan dan pencarian yang perlu mereka jawab dan cari. Dengan ini, mereka akan lebih prihatin dan sedar akan kepentingan alam sekitar kepada mereka. Cara Perlaksanaan 1. Para pelajar dibahagikan kepada kumpulan yang sama bilangan. Setiap kumpulan akan melantik seorang ketua 2. Kad kompas dan soalan serta peta kawasan diberikan kepada setiap kumpulan. Pada kad kompas terdapat beberapa check point yang perlu dicari. Setiap check point akan dipandu dengan bearing serta clue. Di setiap check point juga ada disediakan soalan-soalan untuk dijawab. 3. Setiap kumpulan akan dibekalkan kompas dan wisel. Kumpulan akan menggunakan kompas untuk mencari arah. 4. Fasilitator akan menerangkan penggunaan kompas sebelum aktiviti dijalankan . 5. Wisel digunakan sekiranya kumpulan itu hilang atau sesat. 6. Kumpulan akan dilepaskan satu per satu mengikut masa. 7. Kumpulan yang terawal dari segi masa menamatkan gerak kerja dan menjawab semua soalan dengan betul akan dikira pemenang.

OBJEKTIF
Meningkatkan
kemahiran pelajar menggunakan kompas Menggalakkan semangat berpasukan dikalangan pelajar Meningkatkan pengetahuan pelajar mengenai khazanah hutan.

Peralatan Kompas Suunto Kad kompas dan soalan Peta kawasan Wisel

44

Aktiviti 26/2/03 7:04 PM Page 45

Lampiran Aktiviti Aktiviti 3 Pencarian dan Penjelajahan alam semulajadi

Contoh Kad kompas dan soalan yang perlu disediakan (Fasilitator terlebih dahulu melalui denai atau kawasan tersebut menjalankan aktiviti untuk menentukan kesemua check point dan soalan yang akan diberikan). Check Point 1 Bearing Clue : 156 : Anda harus melangkah sebanyak 60 langkah biasa Tempat orang berehat : Apakah jenis akar pokok berkenaan dan apakah kepentingannya kepada pokok serta ekologi kawasan berkenaan.

Soalan

45

Aktiviti 26/2/03 7:04 PM Page 46

Lampiran Aktiviti Aktiviti 4 Berjalan Malam

Aktiviti 4: Berjalan Malam


OBJEKTIF
Memerhati keadaan
alam pada waktu malam Membezakan alam sekitar pada waktu malam dan mengesan haiwan yang aktif pada waktu malam Mengetahui pengaruh keadaan sekeliling yang gelap kepada manusia

Di sebelah pagi, kita dikejutkan oleh nyanyian burung-burung. Di sebelah petang pula, kedengaran siulan sisit. Pada malam hari, akan kedengaran teriakan katak dan unggas-unggas. Semasa siang, kita dapat memerhatikan burung-burung terbang melayang-layang di udara dari pokok ke pokok. Apabila senja, mereka akan menghilangkan diri dan kelawar akan kelihatan berterbangan ke sana ke mari. Tumbuhan berbunga dan berbuah pada masa yang berlainan dalam setahun. Bukan sahaja berbunga pada masa yang berlainan dalam masa setahun bahkan mereka mengembang pada masa yang berlainan dalam sehari. Bunga merah dan cerah biasanya berkembang pada waktu siang dengan harapan dapat menarik perhatian serannga, lebah dan burung. Tumbuhan yang mempunyai bunga harum dan berwarna putih biasanya berkembang diwaktu senja dengan harapan dapat menarik perhatian rama-rama yang terbang pada waktu malam dan juga kelawar. Pada malam hari, tumbuhan yang terdiri daripada keluarga kekacang kelihatan menggulungkan daun mereka. Burung-burung akan terbang balik ke sarang mereka atau mencari tempat berteduh di dalam hutan di mana mereka akan berehat dan tidur. Semua serangga akan pulang ke sarang masing-masing. Kini sampai giliran binatang-binatang yang keluar mencari makan dan bermain sesama mereka pada waktu malam. Kita akan menemui katak dengan senang lagi jika kita keluar pada waktu malam. Binatang seperti Kubong, Kongkang dan kelawar akan keluar mencari makanan. Burung-burung yang aktif di waktu malam adalah seperti night jar dan burung hantu. Keadaan di dalam hutan sangat gelap di malam hari. Kemungkinan melihat kelip-kelip dan glow worm berterbangan dan merayaprayap ke sana ke sini dalam hutan. Jika kita padamkan lampu suluh, kita mungkin dapat melihat (jika bernasib baik) cendawan atau kulat bercahaya di waktu malam. Kita dapat melihat kelawar dan katak dengan menggunakan lampu picit. Kita juga dapat mengengar unggas dan burung hantu. Binatang seperti landak dan tenuk aktif di waktu malam.

Peralatan Lampu suluh Pakaian dan kasut yang


bersesuaian

Peringatan
Kemungkinan besar
untuk mengesan atau melihat haiwan pada waktu malam adalah tipis jika para pelajar bising

46

Aktiviti 26/2/03 7:04 PM Page 47

Lampiran Aktiviti Aktiviti 4 Berjalan Malam

Cara Perlaksanaannya: 1. Setiap kumpulan mestilah berada dalam keadaan diam. Peluang untuk melihat haiwan aktif pada waktu malam adalah lebih tinggi jika tidak bising. Kita juga tidak perlu merasa takut. 2. Kaedah untuk melihat haiwan yang betul adalah dengan memegang lampu suluh berhampiran dengan mata kita (hampir dengan bahagian dahi atau hidung). 3. Kilauan dari mata haiwan akan dibalikkan ke mata kita apabila kita menyuluh pada haiwan berkenaan. Bahagian-bahagian utama hutan perlu dilihat ialah kawasan yang lapang (misalnya di bahagian jalan rintis dan bahagian bawah serta atas pokok). 4. Selepas beberapa lama, matikan lampu suluh dan lihat sekeliling. Biarkan masa untuk mata menyesuaikan dengan keadaan malam. Apakah yang boleh diperhatikan? Lihat di kawasan atas tanah dan pada batang-batang pokok. 5. Cuba kenalpasti apa yang boleh didengari pada waktu malam dan bandingkan dengan keadaan siang hari. Bezakan bunyi serangga, burung, katak dan haiwanhaiwan lain. 6. Para pelajar diingat supaya sentiasa senyap semasa berjalan. Aktiviti-aktiviti yang boleh dijalankan didalam kelas berdasarkan habitat pergunungan

47

Aktiviti 26/2/03 7:04 PM Page 48

Lampiran Aktiviti Aktiviti 1 Kuiz

AKTIVITI-AKTIVITI DI DALAM KELAS Aktiviti 1: Kuiz


OBJEKTIF
Menguji sekali gus
meningkatkan pengetahuan peserta mengenai khazanah semulajadi di kawasan pergunungan

Aktiviti ini merupakan ujian kepada kefahaman dan pengetahuan asas kepada para peserta. Biasanya diberikan pada akhir-akhir sesi kem pendidikan. Soalan adalah berkisar kepada maklumatmaklumat yang diterima sepanjang kem berlansung termasuk pengetahuan am yang berkenaan. Cara Perlaksanaannya

Peralatan Kerusi Meja Kertas Pensil

1. Para pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Soalan-soalan mengenai alam semulajadi terutama berkenaan dengan hutan pergunungan dan pengetahuan am akan diberikan kepada setiap kumpulan mengikut pusingan giliran. 2. Pemenang dikira berdasarkan jumlah markah yang tertinggi. Contoh-contoh soalan kuiz yang boleh dijalankan: a) Apakah nama gunung tertinggi di Malaysia? b) Berapakah ketinggian gunung itu? c) Berapakah zon bagi vegetasi yang boleh diperhatikan di hutan pergunungan? d) Apakah nama agensi yang terlibat di dalam pengurusan dan pemuliharaan Gunung Kinabalu? e) Namakan dua spesis endemic di Gunung Kinabalu f) Apakah sifat penyesuaian haiwan di kawasan hutan pergunungan? g) Apakah ciri penyesuaian bagi tumbuhan di hutan pergunungan? h) Apakah suhu yang paling maksima di kawasan hutan pergunungan?

48

Aktiviti 26/2/03 7:04 PM Page 49

Lampiran Aktiviti AKtiviti 1 Kuiz

i) Apakah ciri utama yang membezakan hutan pergunungan dan hutan tanah rendah? j) Apakah kepentingan hutan pergunungan? k) Apakah kesan buruk manusia yang ketara ke atas hutan pergunungan?

49

Aktiviti 26/2/03 7:04 PM Page 50

Lampiran Aktiviti Aktiviti 2 Perbahasan

Aktiviti 2: Perbahasan
OBJEKTIF
Menyemai semangat
konservasi di dalam diri peserta Dengan bimbingan fasilitator, pelajar dilatih dengan teknik serta kemahiran interpretasi yang sesuai dengan semua golongan dan peringkat masyarakat

Aktiviti ini mendedahkan para pelajar terhadap kemahiran public speaking atau berhujah dikhalayak umum dengan mengaitkan kemahiran menerima, menganalisis dan merumuskan maklumat. Kemahiran-kemahiran sebegini perlu bagi mereka menyampaikan mesej konservasi setelah berjaya menghabiskan kem pendidikan alam semujadi. Cara Perlaksanaanya 1. Para pelajar dibahagikan kepada dua kumpulan. 2. Tajuk perbahasan akan diberikan kepada kumpulan tersebut untuk mengambil pihak yang bertentangan didalam sesuatu perbincangan. 3. Para pelajar setiap kumpulan akan diberikan 2 3 minit seorang untuk mengemukakan hujah-hujah mereka. 4. Ketua kumpulan akan diberikan lebih masa untuk merumuskan segala hujah-hujah ahli kumpulan. 5. Pengadilan dibuat berdasarkan ketepatan, kelancaran dan gaya penyampaian serta isi hujah-hujah. Tajuk-tajuk perbahasan yang boleh dibahaskan termasuklah: a) Kawasan Pergunungan-adakah ia wajar dibiarkan semulajadi atau diperkembangkan dalam pembangunan negara b) Pembangunan dikawasan pergunungan harus digiatkan memandangkan kurangnya kawasan di tanah rendah untuk pembangunan c) Aktiviti pertanian harus dipertingkatkan di kawasan pergunungan untuk menjamin penghasilan sector ekonomi negara

Peralatan Kerusi Meja Set PA system Kertas dan Pensil

50

Aktiviti 26/2/03 7:04 PM Page 51

Lampiran Aktiviti AKtiviti 3 Menghayati alam sekitar melalui karya tangan

Aktiviti 3: Menghayati alam sekitar melalui karya tangan


OBJEKTIF
Menerapkan nilai-nilai
kreatif dan inovasi dalam gaya hidup para pelajar Menghayati alam semulajadi dengan lebih dekat dan bukan hanya pada peringkat luaran sahaja.

Daya imaginasi dan kreativiti amat diperlukan dalam menghasilkan karya seni yang baik. Elemen-elemen ini perlu diterapkan kepada pelajar dalam apa juga aktiviti yang mereka lakukan. Penghasilan hasil tangan atau lukisan mengenai alam sekitar menggunakan peralatan serta benda-benda yang boleh dijumpai di sekeliling merupakan salah satu cara yang baik. Cara Perlaksanaan: 1. Fasilitator memberi penerangan berkenaan dengan aktiviti ini dan memberikan peralatan-peralatan yang diperlukan. 2. Para pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Sebaik-baiknya mempunyai 4 orang ahli setiap kumpulan. 3. Tema lukisan atau karya tangan diberikan dan para pelajar beredar ke tempat yang sesuai untuk menghasilkan karya lukisan. 4. Setiap kumpulan diberikan masa 1 jam untuk menghasilkan hasil mereka. 5. Sebelum pengadilan, kesemua hasil tangan dan lukisan dipamerkan.

Peralatan Kertas lukisan Alat-alat melukis

51

Aktiviti 26/2/03 7:04 PM Page 52

Lampiran Aktiviti Aktiviti 4 Malam Budaya (Menghayati alam semulajadi melalui karya seni)

Aktiviti 4: Malam Budaya (Menghayati alam semulajadi melalui karya seni)


Aktiviti ini boleh dijalankan diwaktu malam sebagai salah satu persembahan para pelajar sebelum beredar pulang ke sekolah masing-masing. Sebaik-baiknya penerangan tentang aktiviti ini diberikan sebelum permulaan program agar para pelajar bersedia dan menyediakan satu persembahan bertemakan alam semulajadi di malam terakhir. Para pelajar yang telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan tersebut akan memberikan persembahan kumpulan masing-masing di malam terakhir program penghayatan hutan pergunungan. Bentuk karya seni yang boleh dipersembahkan termasuklah:a) Sketsa b) Nyanyian c) Puisi d) Sajak e) Berbalas pantun f) Syair g) Drama h) Tarian i) Wayang kulit j) Boria k) Lakunan

52

Aktiviti 26/2/03 7:04 PM Page 53

Lampiran Aktiviti Aktiviti 5 Nyanyian Lagu Hijau

Aktiviti 5: Nyanyian Lagu Hijau


Bumi yang tiada rimba Seumpama hamba Ia dicemar manusia Yang Jahil ketawa Bumi yang tiada udara Bagai tiada nyawa Pasti hilang suatu hari Tanpa disedari lala.laye # Bumi tanpa lautan Akan kehausan Pasti lambat laun hilang Duniaku yang malang Dewasa ini kita saling merayakan Kejayaan yang akhirnya membinasakan Apalah gunanya kematangan fikiran Bila dijiwa kita masih muda Dan mentah..ku lihat hijau LaLa.La..oyeh Hai. ## Ooo Anok anok Takleh mengasa mandi laok Besaing, mainghama-ghama Ale jo ni tua umornya berjuta Kita usaha jauhke dahgi mala-petaka Ozon la ni, kaho nipi tiap haghi Nak mako asak hok bias wa psa maknusia Semua bendo-bendo di dunia Tok le tehe sape bila-bila Bumi ku yang kian pudar Siapa yang melihat Dikala kita tersadar Mungkinkah terlewat (Ulangi rangkap 3 & #) Korupsi, oppresi, obsessi diri Polusi, depresi dibumi ini Korupsi, oppressi, obsessi diri Di bumi ku ini (Ulangi Rangkap ###)

(3 x)

53

Aktiviti 26/2/03 7:04 PM Page 54

Rujukan

RUJUKAN
MacKinnon, K, G. Hatta, H. Halim, A. Mangalik. 1996. The Ecology of Kalimantan. Periplus Editions. 802 pp. Lee, S.M. and The K.H. 1994. Pendidikan Alam untuk Kanak kanak. Persatuan Pencinta Alam Malaysia. 200 pp. Miller G.T. 1997. Environmental Science (6th ed). Wadsworth Publiehing Company 517 pp. Itarrison J. 1973. An luho to the mammals of Sabah. The Sabah Society 244 pp. Tweedie, M.W.F. 1991. Mammals of Malaysia Longman Malaysia Sdn. Bhd. 87 pp

54

Aktiviti 26/2/03 7:04 PM Page 55

Lampiran

LAMPIRAN
Senarai AgensiAgensi Kerajaan Yang Terlibat Di Dalam Pendidikan Alam Semulajadi Di Sabah
1. Jabatan Perhutanan Sabah Ibu Pejabat, Jabatan Perhutanan, Beg Berkunci No. 68, 90009 Sandakan Tel: 089-660811 Fax: 089-669170 Email: jhutan01@tm.net.my 2. Jabatan Hidupan Liar Sabah, Tingkat 5, Blok B, Wisma MUIS, 88100 Kota Kinabalu, Tel: 088- 215353 Fax: 088- 222476 Email: jhlsabah@tm.net.my 3. Jabatan Konservasi Alam Sekitar Sabah Tingkat 2 & 3, Wisma Budaya, Jalan Tunku Abdul Rahman, Beg Berkunci No. 2078, 88999 Kota Kinabalu Tel: 088-251290 Fax: 088-238120 Email: jkas@sabah.gov.my H/page: www.sabah.gov.my/jkas 4. Jabatan Pengairan dan Saliran, Tingkat 5 & 6, Menara Khidmat, Jalan Belia, Beg Berkunci 2052, 88767 Kota Kinabalu Tel: 088-280500 Fax: 088-242770 Email: jpssab1@tm.net.my

55

Aktiviti 26/2/03 7:04 PM Page 56

Lampiran

5. Jabatan Perikanan, Tingkat 8, Menara Khidmat, Jalan Belia, 88628 Kota Kinabalu Tel: 235966 Fax: 088-240511 Email: fish.dept@sabah.gov.my H/page: www.fishdept.sabah.gov.my 6. Dewan Bandaraya Kota Kinabalu, 1, Jalan Bandaraya, 88675 Kota Kinabalu Tel: 088-239500 Fax: 088-219175 Email: mayor@dbkk.sabah.gov.my Laman Web: www.borneo-online.com.my/kkcity/ 7. Taman-taman Sabah, Blok K, Lot. No. 1-3, Tingkat 1, Kompleks Sinsuran, Peti Surat No. 10626 88806 Kota Kinabalu Tel: 088-211881 Fax: 088- 211585 8. Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, Tingkat 5, Rumah Persekutuan, 88604 Kota Kinabalu Tel: 088-232277 Fax: 088-234828 9. Jabatan Alam Sekitar Negeri Sabah/W.P. Labuan, Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar, No. 36, Tingkat 7, Blok E, Bangunan KWSP 88000 Kota Kinabalu Tel: 250025 Fax: 088-241170

56

Aktiviti 26/2/03 7:04 PM Page 57

Lampiran

Senarai Agensi-Agensi Bukan Kerajaan Yang Terlibat Di Dalam Pendidikan Alam Semulajadi
1. Sabah Nature Club, Auditorium Foyer, Yayasan Sabah Building, P.O.Box 11623 88817 Kota Kinabalu Tel: 088-427509 Fax: 088-427510 Email: snc2000@tm.net.my 2. Worldwide Fund for Nature (WWF) Sabah Branch, Peti Surat 14393, Tingkat 6, Centre Point Building, 88550 Kota Kinabalu Tel: 088-262420 3. Persatuan Pencinta Alam Malaysia (Cawangan Sabah), Jalan Muzium, Beg Berkunci 2015, 88566 Kota Kinabalu Fax: 088-267918 Email: wongm@tm.net.my 4. Sabah Environmental Protection Agency (SEPA), Unit 1-2F, Beverly Hill Plaza, Peti Surat 10126, 88801 Kota Kinabalu Tel: 088-727199 Fax: 088-712199 Email: sepa@tm.net.my 5. The Sabah Society, P.O.Box 10547, 88806 Kota Kinabalu Tel:088- 266 382 Fax: 088- 266 882 Email: sabsoc@sabah.org.my atau 1msb@tm.net.my

57

Aktiviti 26/2/03 7:04 PM Page 58

Lampiran

6. PACOS Trust, P.O.Box 511, 89507 Penampang, Sabah Tel: 088-712 518 Fax: 088- 718 669 Email: pakos@tm.net.my

58

You might also like