You are on page 1of 13

PENGENALAN Maksud dan definisi pantun Menurut Kamus Dewan, pantun ialah sejenis puisi lama yang terdiri

daripada empat baris dalam tiap-tiap rangkap yang mempunyai pembayang dan maksud. Menurut Kamus Umum Bahasa Indonesia pantun ialah sajak pendek, tiap-tiap kuplet biasanya empat baris (abab) dan dua baris yang dahulu biasanya untuk tumpuan sahaja. Za'ba dalam bukunya Ilmu Mengarang Melayu menjelaskan, "Perkataan pantun itu pada mulanya dipakai orang dengan makna seperti atau umpama." Ada pendapat mengatakan perkataan pantun adalah daripada bahasa Minangkabau iaitu panuntun yang bermaksud pembimbing/penasihat yang berasaskan sastera lisan dalam pengucapan pepatah dan petitih yang popular dalam masyarakat tersebut. Sehingga hari ini, pantun sering digunakan dalam upacara peminangan dan perkahwinan atau sebagai pembuka atau penutup bicara dalam majlis-majlis rasmi. Umumnya terdapat dua jenis utama pantun iaitu pantun berkait dan pantun tidak berkait. Bilangan baris dalam setiap rangkap pantun dikenali sebagai kerat. Lima bentuk utama pantun ialah pantun dua kerat, pantun empat kerat, pantun enam kerat, pantun lapan kerat dan pantun dua belas kerat. Pantun yang popular digunakan ialah pantun dua kerat dan empat kerat. Setiap pantun mesti mempunyai pembayang dan maksud pantun. Pembayang dalam setiap rangkap adalah separuh pertama daripada keseluruhan jumlah baris dalam rangkap berkenaan. Separuh kedua dalam setiap rangkap pantun pula ialah maksud atau isi pantun.

Antara ciri-ciri lain yang ada dalam sebuah pantun ialah pembayangnya mempunyai hubungan yang rapat dengan alam dan persekitaran yang rapat dengan pengucapnya Rima pantun yang baik berakhir dengan ab,ab bagi pantun empat kerat dan a,a bagi pantun dua kerat. Selain daripada pembayang, maksud dan rima, pantun juga terikat dengan hukum suku katanya. Bagi pantun Melayu, suku kata untuk setiap baris ialah antara lapan hingga dua belas suku kata sahaja. Melalui bentuknya yang kemas dan padat, pantun berjaya menjadi alat yang penting untuk menghibur, memberi nasihat, menduga akal, meluahkan perasaan dan menyedapkan cakap. Pantun turut berfungsi sebagai media untuk menyampaikan hasrat yang seni atau rahsia yang tersembunyi melalui penyampaian yang berkias.

Format pantun Melayu


Pembayang atau sampiran Pembayang terletak pada bahagian setengah pertama setiap rangkap pantun. Pembayang memainkan peranan untuk memberi persamaan bunyi/rima kepada maksud. Pembayang pada baris pertama hendaklah ada hubung kait dengan pembayang pada baris berikutnya dalam setiap rangkap pantun. Maksud atau isi Maksud atau isi terdapat dalam setengah bahagian kedua dalam setiap rangkap pantun. Pada bahagian inilah tersurat dan tersiratnya apa yang hendak disampaikan dalam pantun tersebut(tema).

Perkataan Pantun biasanya mengandungi empat atau tiga patah perkataan pada tiap-tiap baris. Pantun yang baik memaparkan bilangan perkataan pada tiap-tiap baris yang sama bilangannya. Suku kata Tiap-tiap patah perkataan terdiri daripada tiga atau empat suku kata. Dalam tiap-tiap baris pula hendaklah mengandungi antara lapan hingga dua belas suku kata. Pantun yang baik mengandungi jumlah suku kata yang sama banyak. Rima atau bunyi Rima ialah bunyi yang sama pada bahagian tengah atau akhir pada tiap-tiap baris pantun. Rima yang baik mempunyai bunyi yang sama dalam setiap rangkap pantun. Rima pada baris pertama pembayang mestilah sama dengan rima baris pertama maksud dan begitulah seterusnya Rima pantun yang terbaik ialah a,b,a,b dan ada juga berima a,a,a,a .

Pantun di bawah mengandungi 4 patah perkataan dan 9 suku kata setiap baris. CIRI-CIRI PANTUN YANG BAIK Pantun yang baik ialah pantun empat kerat yang mempunyai ciri-ciri berikut:

mengandungi 4 kerat/baris jumlah perkataan dalam sebaris antara 4-5 patah perkataan jumlah suku kata sebaris antara 8-12 suku kata ada hubungan antara pembayang (2 baris di atas) dan maksud (2 baris di bawah)
3

bunyi rima akhir seuntai pantun itu mestilah sama- a,b,a,b . bahasa yang halus, penuh kiasan dan sindiran serta banyak menggunakan unsur alam.

maksud isinya sarat dengan pengajaran, moral dan falsafah hidup sarat dengan ciri-ciri tradisional-penggunaan rangkap, ada pembayang dan maksud, mempunyai nilai hidup masyarakat yang menggambarkan perspektif masyarakat yang melahir dan menggunakannya.

Pantun kanak-kanak Makan nasi kuah dalca, Sambal belacan janganlah pedas; Rajin-rajin adik membaca, Ilmu dapat otak cerdas.

Pergi ke pecan naik kereta, Semasa pergi ditumpang nyonya; Adik comel ade cita-cita, Mesti tekad untuk mencapainya.

Malam ini bulan gerhana, Solat sunat dapat pahala; Jikalau adik bijak laksana, Apa binatang ekor di kepala.

Kait dengan galah , Naik belakang kuda; Kalau adik salah, Nanti kena denda.

Fikir guna akal, Bila buat kerja; Adik jangan nakal, Emak nak buat kerja.

Pantun Remaja Setiap pagi naikkan bendera, Tugas diberi tidak sia-sia; Remaja berwawasan tonggak negara, Membina negara satu Malaysia

Gadis sunti duduknya sopan, Menanti waktu berbuka puasa; Wahai remaja begerak kehadapan, Bangkit berusaha membina bangsa.

Pergi ke pekan pukul lapan, Singgah di gerai makan laksa; Remaja kini tidak bersopan, Remaja dahulu berbudi bahasa.

Berkumpul di sekolah jumaah nazir, Dengan guru ingin bertemu; Usia remaja jangan dibazir, Isilah dengan mencari ilmu.
6

Pergi kepekan seorang sahaja, Singgah di warung membuang masa; Selepas kanak-kanak jadi remaja, Selepas remaja jadi dewasa.

Pantun Dewasa Pagi hari mengait rambai, Rambai jatuh masuk ke perigi; Tinggal cik adik abang melambai, Panjang umur berjumpa lagi.

Habis nasi laksa dibawa, Harum laksa berbunga kantan; Ada teman tidak dibawa, Berpatah arang berkerat rotan.

Masam manis buah rambai, Pokok rambai tanam di bukit; Musuh seorang terasa ramai, Seribu sahabat rasa sedikit.

Minum air di dalam gelas, Dimakan dengan ubi rebus; Gaji besar kerjanya malas, Cukup tahun mahu bonus.

Bangun pagi mencari sikat, Sikat ada dekat gelang; Isteri orang jangan dipikat, Merana badan nyawa pun hilang.

Pantun Ibu Bapa Taburan bunga harum kasturi, Beras kunyit berselang-seli; Anak dididik kasih diberi, Ayah contoh ibu mithali.

Pergi ke dapur nasi ditanak, Emak menggulai ikan keli; Air jernih ikan pun jinak, Anak soleh isteri mithali.

Pegawai polis jalankan tugas, Aman Negara akan terlaksana; Mendidik anak biarlah tegas, Besar nanti jadi berguna.
8

Letak baju di dalam bakul, Simpan di bilik jangan ditayang; Anak bersalah jangan dipukul, Didiklah dengan kasih saying.

Masak asam dicampur cuka, Lebihkan bawang biar pekat; Masakan sedap suami suka, Perut tertambat hati terpikat.

Pantun Guru Buah nangka lebat di pangkal, Petik sebiji bawa belayar; Guru cergas panjang akal, Sabar ikhlas semasa mengajar

Pantai bersih angin menderu, Cuaca indah langit membiru; Semasa di sekolah dipanggil guru, Bila bersara tetaplah guru.

Pokok tebu banyak ruas, Dimakan oleh Siti Hajar; Guru pendita ilmunya luas, Untuk disebar kepada pelajar.
9

Makan sudah minum pun sudah, Sambung kerja memintal sabut; Pekerjaan guru bukannya mudah, Bagai kerja mengira rambut.

Jawapan kawan jangan disalin, Orang yang marah jangan ditanya; Seorang guru ibarat lilin, Terpadam lilin sesat muridnya.

Pantu Orang Tua Bunga mawar harum mewangi, Tidak disiram pokoknya mati; Orang muda kita sayangi, Orang tua kita hormati.

Pergi ke kebun bersama teman, Sebelum kerja salin pakaian; Orang tua banya pengalaman, Setiap masalah ada penyelesaian.

Pergi ke hutan menaiki kuda, Menunggang kuda pergi memburu; Biar tua hati muda, Hasrat hati beristeri baru.
10

Encik Ahmad Tok Ketua, Ingin berkahwin dengan janda; Ingatlah pesan orang tua, Jangan ikut darah muda.

Hinggap didahan burung kakak tua, Kaki terjerat dengan benang; Pilih suami biarlah tua, Tidak gelojoh sentiasa tenang.

11

Kesimpulan Tujuan pantun digunakan adalah untuk memberitahu sesuatu secara berlagu dan berkias agar orang yang dimaksudkan tidak terlalu tersinggung dengan sindiran. Selain itu pantun juga digunakan untuk memberi nasihat dan tunjuk ajar. Penggunaan pantun dalam menyampaikan sindiran bertujuan agar yang kena sindir atau yang kena nasihat itu tidak marah, tetapi sebaliknya mempunyai azam untuk membaiki perbuatan dan perangai yang tidak disukai. Diingatkan di sini, seseorang yang akan menyampai atau melafazkan pantun juga harus memerhatikan isi pantun. Keadaan pantun dilafaz menjadi pertimbangan dalam penyampaikan isi pantun. Jika hal ini tidak diberi perhatian oleh orang yang melafazkan pantun, dikhuatiri akan menimbulkan salah faham kepada pendengar terutama pantun yang berkaitan dengan sindiran dan nasihat. Begitu juga jika melafazkan pantun berkaitan dengan budi dan jenaka. Cara melafazkan pantun harus dijaga agar maksud atau tujuan sesuatu pantun itu dilafazkan sampai kepada pendengar.

12

BIBLIOGRAFI
Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka edisi keempat

Abdul Latiff Abu Bakar, 1995. Globalisme dan Patriotisme dalam Sastera Melayu. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Effendy Tenas, 2007. Khazanah Pantun Melayu Riau. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa danPustaka.

13

You might also like